web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SIC Diarah Tangguh Semua Kejohanan Drag

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 8:16AM

Gambar dari Twitter Sepang Circuit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menangguhkan sebarang kejohanan drag buat sementara, susulan insiden kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021’, pada Jumaat.

KBS menerusi kenyataan semalam memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

Penganjur acara itu MUSC Motorsports, yang gagal memastikan pematuhan SOP penganjuran perlumbaan itu juga, tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag di SIC dan mana-mana litar sehingga diberi kebenaran oleh KBS dan pihak berwajib.

Keputusan berkenaan diambil, selepas KBS mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, wakil MUSC Motorsports dan Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM) berhubung insiden tersebut.

“KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan ini, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

KBS bagaimanapun menjelaskan bahawa aktiviti sukan permotoran lain di SIC dibenarkan, tertakluk kepada kebenaran KBS dan pihak berwajib serta pematuhan ke atas SOP sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan penganjur acara berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 selepas gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dan memastikan pengunjung program mematuhi SOP, dalam membendung pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar