web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Tidak Ambil Vaksin COVID-19 Kerana Demam

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 7:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada kumpulan pertama atlet di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras, semalam kerana demam.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata pemain berusia 23 tahun itu mengalami demam sejak dua hari lalu, mungkin disebabkan kepenatan selepas menyertai banyak acara dan majlis sejak menjuarai kejohanan badminton berprestij itu bulan lalu.

“Semalam kita dah periksa dengan doktor Institut Sukan Negara (ISN), memang (Zii Jia) tak dapat terima vaksin hari ini. Demam biasa, keputusan ujian swab negatif dan juga telah buat pemeriksaan darah kerana disyaki denggi.

“Persiapannya tidak terjejas, mungkin penat atau kurang rehat kerana beberapa hari sejak pulang dari All England telah menyertai banyak acara (majlis). Kita harap tak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui Bernama pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Mengulas lanjut, Hendrawan berkata pihak Majlis Sukan Negara (MSN) akan membuat penjadualan semula untuk Zii Jia mendapatkan vaksinasi dalam masa terdekat.

Hendrawan juga mengakui bahawa keadaan Zii Jia belum kembali ke prestasi asalnya sejak pulang dari Birmingham pada 23 Mac lepas berikutan perlu menjalani kuarantin selama seminggu dan hanya dapat menjalani  latihan separuh hari kerana terlibat dengan pelbagai majlis.

Bagaimanapun, beliau berkata fasa “bulan madu” sudah tamat dan latihan penuh akan bermula pada minggu ini untuk mempersiapkan pemain nombor lapan dunia itu menyertai Terbuka India bermula dari 11 hingga16 Mei, diikuti Terbuka Malaysia (25 hingga 30 Mei) dan Terbuka Singapura (1 hingga 6 Jun) sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan.

Berkongsi pengalaman menerima vaksin, Hendrawan kini lebih yakin dengan keselamatan pemain dan dirinya yang perlu banyak menyertai kejohanan di luar negara, termasuk kejohanan menawarkan mata kelayakan ke Olimpik.

“Saya gembira dapat vaksin dan secara keseluruhannya proses berjalan lancar. Ini salah satu perlindungan buat pasukan, harap dengan vaksin ini kita lebih selamat hadapi persiapan ke Tokyo,” katanya.

Kumpulan pertama seramai 264 atlet dan pegawai yang telah layak atau terlibat dengan Sukan Olimpik yang dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos dan Sukan Paralimpik bermula 24 Ogos hingga 5 Sept, menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech semalam. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar