web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ciapan Berhubung Cukai LHDN Berbaur Fitnah - KDA FC

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 9:13AM

KDA FC dikatakan mempunyai masalah dalaman membabitkan isu cukai. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman (KDA) FC menyifatkan ciapan Twitter yang mendakwa skuad Sang Kenari mempunyai masalah dalaman membabitkan isu cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebagai ‘kenyataan fitnah’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Khamal Idris Ali berkata KDA FC akan mengambil tindakan undang-undang, bagi membersihkan nama dan imej pasukan serta satu notis tuntutan atas kenyataan fitnah itu akan diserahkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata pemegang akaun @zulhelmizainal1 semalam, menerusi ciapannya itu memaparkan satu salinan dokumen dengan kepala surat dari LHDN kepada KDA FC bertarikh 24 Ogos 2022, berkenaan Potongan Cukai Berjadual (PCB) 2021 hingga 2022.

“Dokumen sulit yang diperolehi secara tidak sah ini, telah memberi gambaran buruk kepada kelab, seterusnya tanpa fakta menyeluruh berkenaan kandungan surat tersebut. Hanya satu muka surat dikongsi.

“Pihak KDA FC sentiasa menjaga kebajikan pemain dan sentiasa bertanggungjawab atas semua tanggungan, termasuklah pembayaran gaji dan cukai pendapatan,” katanya dalam kenyataan pasukan itu malam tadi.

Khamal Idris berkata surat dikongsi itu sepatutnya hanya perlu berada dalam milikan LHDN dan KDA FC dan satu salinan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Beliau berkata KDA FC amat dukacita dengan penyebaran dokumen sulit berkenaan tanpa kebenaran dan rumusan dibuat pemegang akaun itu telah memberi persepsi negatif kepada pengurusan kelab serta imej negeri Kedah.

Sebagai rekod, setakat 10.30 malam tadi, ciapan yang dibuat pada 4.33 petang itu telah mendapat 546 ‘retweet’ dan 631 ‘like’. - Bernama

 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad