web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Matsuyama Rangkul Kejuaraan Masters, Cipta Sejarah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 10:18AM

Matsuyama (kanan) memeluk caddienya Shota Hayafuji di lubang ke 18 selepas menjuarai kejohanan Masters di kelab golf Augusta National di Augusta, Georgia pada 10 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AUGUSTA - Hideki Matsuyama memenangi kejohanan Masters ke 85 awal pagi tadi, menangkis cabaran Xander Schauffele di sembilan lubang terakhir untuk menjadi lelaki Jepun pertama merangkul kejuaraan Major golf.

Menyandang harapan negara di bahunya, Matsuyama dengan tenang mencatat par dan birdies di suasana penuh tekanan di kelab golf Augusta National, beliau bertahan di lubang terakhir untuk mencatat kemenangan bersejarah dengan satu strok.

Matsuyama menyarung jaket hijau Masters, membawa pulang wang tunai RM8.5 juta dan menempah tempat dalam sejarah sukan Jepun.

Selepas kelebihan tujuh stroknya dengan tinggal tujuh lubang dikurangkan kepada dua pukulan dengan tinggal tiga lubang, Matsuyama melihat Schauffele memukul bola masuk ke kawasan air di permulaan tee 16 sebelum mencatat keputusan triple-bogey.

Matsuyama mencatat bogey tapi menamatkan pusingan dengan par di lubang ke 17 dan bogey di 18 untuk mencatat keputusan satu di atas par 73, dan menamatkan 72 lubang dengan 10 di bawah 278.  

Will Zalatoris dari Amerika Syarikat di tempat kedua di penampilan di kejohanan ini, Jordan Spieth dan Schauffele berkongsi tempat ketiga.

Matsuyama adalah lelaki Asia kedua menang kejuaraan Major golf selepas Yang Yong-eun dari Korea Selatan di kejohanan PGA Championship pada 2009.

Kali terakhir pemain ke-25 dunia itu menang di Jelajah PGA adalah di kejohanan WGC Akron pada 2017. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad