web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia 2022: Fasa Terakhir Jualan Tiket Bermula 27 September

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 5:41PM

Tiket-tiket boleh dibeli di FIFA.com/tickets atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ dan tertakluk pada jumlah tiket yang tersedia - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Fasa akhir jualan tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan bermula pada 27 September jam 12 malam waktu tempatan Doha (5 petang Waktu Malaysia).

Tiket-tiket boleh dibeli di FIFA.com/tickets atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ dan tertakluk pada jumlah tiket yang tersedia. Fasa jualan ini akan berlangsung sehingga akhir kejohanan, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).

Ia melaporkan bahawa meskipun menerima permintaan yang tinggi dan inventori awal menjangkakan tiket akan habis dijual dengan cepat, peminat harus menyemak FIFA.com/tickets secara berkala untuk jualan tiket tambahan dan jualan semula tiket, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Tiket bagi setiap perlawanan akan tersedia dalam semua empat kategori harga, dengan tiket kategori 4 dikhaskan untuk penduduk Qatar. Pelanggan boleh membeli maksimum enam tiket bagi setiap perlawanan dan 60 tiket untuk seluruh kejohanan.

FIFA menggalakkan orang kurang upaya dan orang dengan mobiliti terhad untuk membuat pembelian secara atas talian dari platform yang sama dengan memilih kategori Tiket Kemasukan Khas.

Semua tiket untuk orang awam adalah secara mudah alih. Pada Oktober, FIFA akan mengeluarkan aplikasi tiket khusus yang perlu dimuat turun oleh pelanggan. Tiket yang dibeli kemudiannya akan dimuat naik ke aplikasi ini dan akan diaktifkan apabila peminat memasuki stadium.

Selain aplikasi tiket, semua peminat tempatan dan antarabangsa mesti memohon Hayya digital (ID Peminat), iaitu permit masuk untuk Negeri Qatar.

Bagi memohon Hayya digital dan untuk menempah penginapan, peminat boleh melayari Qatar2022.qa atau memuat turun aplikasi Hayya to Qatar 2022 (tersedia pada iOS dan Android), tambah laporan itu.

Ogos lalu, FIFA mengumumkan bahawa 2.45 juta tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah dijual. Peminat dari Qatar, AS, England, Arab Saudi, Mexico, UAE, Perancis, Argentina, Brazil dan Jerman mendahului senarai penerima paling banyak tiket untuk Piala Dunia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan