web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cheng Hoe Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Selangor FC

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:20AM

Selangor FC percaya Cheng Hoe merupakan calon terbaik untuk membawa pasukan Gergasi Merah ke peringkat lebih tinggi pada musim hadapan. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor FC mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih baharu “The Red Giants” semalam bagi memberikan ruang kepada beliau melakukan persiapan awal dan perancangan bagi menghadapi musim hadapan. 

Berdasarkan pencapaian dan pengalaman beliau, Selangor FC percaya Cheng Hoe merupakan calon terbaik untuk membawa pasukan Gergasi Merah ke peringkat lebih tinggi pada musim hadapan, kata kelab itu dalam satu kenyataan semalam.

“Di bawah bimbingannya, pasukan Malaysia telah berjaya menjadi Naib Juara Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2018 di samping mempamerkan antara persembahan terbaik skuad negara dalam kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2022,” katanya.

Cheng Hoe, 54 merupakan pengendali Skuad Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021.

Selain itu, Cheng Hoe pernah mengecapi beberapa kejayaan sepanjang karier kejurulatihan beliau seperti ketika bersama pasukan Kedah dengan menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017 dan merupakan penerima Anugerah Jurulatih Terbaik Bolasepak Malaysia (FAM) 2016.

Cheng Hoe dalam kenyataan yang sama berkata  beliau berbesar hati untuk menabur bakti kepada pasukan itu yang berpotensi besar dengan adanya pihak pengurusan yang bagus serta pemain yang berkualiti.

“Dalam jangka masa yang terdekat ini, saya berharap pemain dapat faham dengan corak permainan yang akan saya terapkan selain saya juga perlu memahami setiap pemain dalam pasukan kerana setiap individu adalah berlainan, mereka mempunyai karakter dan cara bermain tersendiri,” katanya.

Selangor FC turut mengumumkan pelantikan penasihat teknikal pasukan utama yang bakal digalas oleh bekas pemain dan juga seorang legenda Gergasi Merah, K Sanbagamaran dan akan membuat pengumuman berkenaan pelantikan pengarah sukan dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.

“Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil yang telah mengemudi pasukan sebagai Ketua Jurulatih Interim sepanjang tempoh kekosongan ini, dan beliau kini akan kembali memegang jawatan sebagai Penolong Jurulatih kepada Cheng Hoe,” kata kelab itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar