web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Kekal Dahului Tangga Teratas Carta Kutipan Pingat SUKMA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 7:30AM

Atlet Gimnastik Pulau Pinang, Ng Chun Chen bergambar bersama pingat yang dimenanginya pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor kekal mendahului carta kutipan pingat Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 apabila mengumpul 35 pingat emas, jauh meninggalkan Kontinjen Terengganu yang memperoleh 19 emas di tangga kedua sementara Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan 17 emas.

Lebih manis lagi semalam, skuad berbasikal trek Johor yang memenangi pingat emas acara 4 kilometer (km) kejar-mengejar berpasukan wanita berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

Skuad berbasikal Johor dibarisi Khairunnisa Aleeya, Normastura Norman, Nur Syafika Natasya Kadir dan Siti Nur Adiba Akma Mohd Fuad, menyerlah selepas membuat catatan 4 minit 47.317 saat (s) mengatasi rekod kebangsaan 4:57.898s dicipta pada Kejuaraan Berbasikal Asia 2018 di Kuala Lumpur.

Dominasi berbasikal Johor diteruskan menerusi acara sama bagi kategori lelaki, apabila gandingan Chan Jian Le, Mohamad Faizal Mohd Hata, Muhammad Nur Aiman Rosli dan Zulhelmi Zainal, muncul juara dengan mencatat masa 4:11.121s.

Dalam pada itu, di gelanggang gimnastik kelibat gimnas Pulau Pinang Ng Chun Chen dan gimnas Terengganu Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam mencuri tumpuan penonton selepas masing-masing seakan bersaing menunjukkan siapa yang mampu meraih lebih banyak pingat emas acara apparatus individu lelaki.

Kedua-dua mereka selaku atlet kebangsaan, Chun Chen meraih emas menerusi acara senaman lantai, gelang roman dan palang sejajar sementara Muhammad Sharul menerusi senaman lantai, kekuda berpelana dan melombol.

Aksi rebutan ibu segala pingat iaitu sukan bola sepak pula menyaksikan empat pasukan, iaitu  Wilayah Persekutuan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang mengesahkan slot pusingan separuh akhir selepas masing-masing menewaskan lawan mereka pada saingan lapan terakhir semalam.

Pada pertemuan separuh akhir nanti, Wilayah Persekutuan dijadual menentang Terengganu sementara Selangor menentang Pulau Pinang.

Hari ini, sebanyak 43 pingat emas dipertandingkan dengan 10 daripada pingat mengambil tempat di Kompleks Sukan Air (KOSA), Putrajaya menerusi sukan kanu sementara lapan pingat ditawarkan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil menerusi sukan renang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad