Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Awie, Jaclyn Victor Dan Amir Masdi Hangatkan Perasmian SUKMA Ke-20

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:11AM

Amir Masdi, Jaclyn Victor, Awie - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Persembahan khas Datuk Awie, Jaclyn Victor dan Amir Masdi menjadi tumpuan upacara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Amir Masdi, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, Awie (Datuk Ahmad Azhar Othman) dan Jaclyn telah melonjakkan semangat ahli kontinjen yang hadir dengan persembahan lagu ‘Demi Malaysia’ diikuti laungan Demi Malaysia pada klimaks majlis itu.

Upacara malam ini bermula dengan juara bertahan Terengganu mengetuai perarakan masuk lebih 800 atlet dan pegawai mewakili kesemua 15 kontinjen termasuk Brunei yang disambut dengan sorakan gemuruh para hadirin. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudian merasmikan temasya sukan itu yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 24 September ini.

Selepas itu, bekas atlet wira-wirawati Sukma iaitu pemenang emas angkat berat Sukan Komanwel Aznil Bidin, Ng Joe Ee (emas gimrama Komanwel), R. Sharmendran (tiga emas karate Sukan SEA) dan Choong Javen (gangsa ping pong Komanwel) membawa serta menaikkan bendera temasya yang diikuti bacaan ikrar. 

Sejurus selepas itu, legenda ratu tenpin boling negara Shalin Zulkifli, Olahragawati Harapan Sukma 1992 serta Olahragawati Kebangsaan 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002, menyalakan obor yang diletakkan di tengah-tengah dewan. 

Diadakan di dalam dewan tertutup berbanding stadium terbuka, persembahan bunga api memukau yang selalunya menjadi tarikan utama kali ini digantikan dengan pelbagai persembahan menarik dan futuristik termasuk tarian LED serta pukulan dram yang mengegarkan dewan. 

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Seramai 6,652 atlet dan 2,709 pegawai daripada 15 kontinjen akan memburu 426 pingat emas yang ditawarkan menerusi 31 jenis sukan sepanjang temasya itu berlangsung.

Ini kali pertama temasya dwitahunan itu diadakan sejak edisi Perak 2018 selepas Sukma 2020 Johor dibatalkan susulan pandemik COVID-19. Namun Johor akan menganjurkan Sukma pada 2024.

Terengganu muncul juara Sukma buat kali kelima pada edisi 2018 selepas merangkul 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa daripada 427 acara yang dipertanding manakala Wilayah Persekutuan (52-38-50) serta juara edisi 2016 Selangor (47-68-67) menamatkan saingan di kedudukan kedua dan ketiga.

Pada edisi kali ini, sejak temasya itu bermula Rabu lepas, Johor berada di kedudukan teratas kutipan pingat selepas meraih 18 emas, 14 perak dan enam gangsa setakat 9.30 malam tadi  diikuti Sabah (11-7-10), Terengganu (10-9-5) dan Melaka (9-7-6). - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 14 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 13 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad