web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjuran MotoGP Indonesia Ditangguhkan Sehingga 2022

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 1:08PM

Gambar menunjukkan tapak pembangunan litar di Mandalika yang dirakamkan pada 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perlumbaan MotoGP Grand Prix yang pertama di Indonesia telah ditangguhkan dan tidak akan diadakan sebelum Mac 2022, kata pemegang hak eksklusif ko­mersial dan televisyen MotoGP, Dorna.

MotoGP telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun untuk penganjuran di Indonesia pada 2019, dengan acara perdana bakal diadakan di litar jalan di Pulau Lombok, yang kini masih dalam pembinaan.

"Susulan pandemik COVID-19, semua pihak bersetuju untuk menangguhkan Kejohanan MotoGP Dunia Grand Prix ini pada bahagian pertama musim 2022, secara dasarnya pada Mac,'' kata Dorna dalam kenyataan media.

Penganjur MotoGP telah melawat tapak penganjuran pada Rabu untuk melihat kemajuan pembinaan sirkut. 

"Lawatan ke Lombok amat berjaya dan kami boleh sahkan Mandalika International Street Circuit akan menjadi venue paling penting dalam kalender pada masa depan,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta. 

Trak baru itu, dengan susun atur yang akan digunakan oleh sebahagian penduduk di pulau berkenaan apabila tiada acara dilangsungkan, masih boleh menjadi tuan rumah untuk ujian jika MotoGP boleh menganjurkan kejuaraan di Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.

Indonesia berharap untuk mengikut jejak Malaysia dan Thailand, yang menganjurkan MotoGP pada tahun 2018 sekali gus menjadi pasaran utama untuk sukan permotoran. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad