web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala FA - 100 Bas Bawa 4,000 Penyokong JDT Berlepas Ke Bukit Jalil Pagi Ini

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 10:29AM

Sebahagian daripada penyokong Johor Darul Ta’ zim (JDT) bergambar bersama sebelum begerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata para penyokong tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Beliau berkata kelab itu menyediakan 12 bas bagi membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas pada 8 pagi tadi.

“Di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos) sahaja kita menyediakan 12 bas dengan 455 penyokong... di Stadium Sultan Ibrahim (Iskandar Puteri) pun ada juga bagi membawa penyokong Boys Of Straits.

“Begitu juga penyokong di Muar, Segamat dan Tangkak… saya anggarkan lebih kurang 100 bas dari Johor ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini,” katanya kepada Bernama di pekarangan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos hari ini.

Mohd Fadzli berkata aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya telah bermesyuarat dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan langkah keselamatan penyokong.

“Semua penyokong telah diberikan taklimat selepas kita dapat prosedur operasi standard (SOP) daripada MFL.

“Kita mahu elak provokasi dan perkara yang menimbulkan kemarahan, malah SOP untuk masuk stadium pun kita tekankan. Bagi saya penyokong JDT sangat berdisiplin tentang SOP dan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yakin trofi Piala FA akan menjadi milik pasukan itu.

Mohamad Amirul Akmal Shahrudin, 29, berkata skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio mampu membenam Skuad Penyu sekurang-kurangnya 3-0.

“Kita mengharapkan kemenangan JDT malam ini, sebenarnya berapa banyak gol tidak menjadi perkara utama kerana jaringan yang berjaya dimasukkan ke gawang lawan itu lebih penting,” katanya.

Nur Ain Halim, 39, yang membawa dua anaknya bagi menyaksikan perlawanan itu berkata biar apa pun keputusan pada malam ini, penyokong JDT tetap teguh bersama pasukan dan akan terus memberikan sokongan moral.

“Saya dan anak-anak memang peminat tegar bola sepak dan sanggup ke stadium untuk tengok perlawanan. Kita memang mengharapkan kemenangan kepada JDT,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad