web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron, Wooi Yik Terima ‘Durian Runtuh’ Berjumlah RM500,000

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 5:15PM

Aaron Chia-Soh Woi Yik - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hari ini menerima insentif berjumlah RM500,000 atas kejayaan mereka merangkul gelaran dunia sulung buat Malaysia, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata daripada jumlah itu, mereka menerima RM250,000 setiap seorang daripada badan induk berkenaan serta beberapa penaja rasmi lain. 

Beliau berkata kejayaan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selain menamatkan penantian Malaysia melahirkan juara dunia adalah sesuatu yang perlu dihargai dan berharap lebih ramai atlet muda negara mampu mengikut jejak langkah gandingan ranking kelima dunia itu. 

"Kita berada di sini untuk meraikan kejayaan Aaron dan Wooi Yik kerana pencapaian mereka benar-benar cemerlang dan mereka berhak mendapat ganjaran hari ini, saya pasti akan ada banyak lagi (insentif).

“Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui kontrak sehingga penghujung 2024 dan mereka akan terus memberikan yang terbaik demi kegemilangan negara untuk layak ke Olimpik Paris 2024,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Wooi Yik berkata pemberian insentif berkenaan melonjak semangat beliau untuk memastikan slot layak ke Sukan Olimpik 2024 dapat dicapai dengan sokongan dan dorongan badan induk, penaja dan rakyat Malaysia. 

Beliau berkata mereka kini sudah kembali menjalani latihan sejak Isnin lepas (5 Sept) untuk meningkatkan tahap ketahanan fizikal dan mental ketika berada dalam gelanggang sebagai persiapan menyertai kejohanan akan datang. 

Sementara itu, Aaron mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mempercayai kebolehan mereka dan akan terus mempamerkan corak permainan bermutu tinggi. 

Pada 28 Ogos lepas, Aaron-Wooi Yik menewaskan juara dunia tiga kali, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-14 untuk menamatkan penantian 45 tahun Malaysia meraih gelaran di kejohanan dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun, sekali gus menjadi wakil negara pertama memenangi pertandingan berprestij itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam