web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: Perak FC Benam UITM FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 8:11AM

Pemain Perak FC De Palula (kiri) melepaskan rembatan ketika menentang UITM FC pada saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perak FC bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menumpaskan pasukan tercorot Liga Super, UiTM FC, 3-2, pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Penyerang import dari Ghana, Nana Poku mengejutkan tuan rumah pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti selepas melakukan larian solo ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan pemain pertahanan Perak FC, Muhammad Danish Haziq Saiful Hisham.

Nana Poku sekali lagi menggegar jaring apabila bijak meloloskan diri daripada perangkap ‘offside’ sebelum tenang menyumbat masuk bola ke sebelah kiri gol tuan rumah pada minit ke-40.

Tersentak dengan dua gol lawan, permain tengah, Raianderson Da Costa Morais merapatkan jurang dengan menguis bola ke dalam pintu gol UiTM FC berpunca daripada sepakan penjuru J. Partiban pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain naturalisasi kebangsaan, Guilherme De Paula menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 dan Raianderson muncul wira untuk menghadiahkan gol kemenangan Perak FC dengan meledak gol keduanya pada minit ke-77 selepas bijak melakukan rembatan ke kiri gawang lawan.

Pertembungan di antara Petaling Jaya (PJ) City FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan satu mata yang berkesudahan seri 2-2.

Walaupun ketinggalan menerusi jaringan sendiri Irfan Zakaria pada minit ke-50, skuad bimbingan Bojak Hodak itu pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian selepas kapten pasukan, Paolo Josue melepaskan sepakan leret ke dalam pintu gol, hasil daripada lorongan bola oleh Romel Oswaldo Morales ke dalam kotak penalti.

Percubaan dari luar kotak penalti oleh penyerang Muhammad Hadin Azman berjaya menerjah jaring pada minit ke-58 sebelum terpaksa bermain dengan 10 pemain seminit kemudian ekoran kad kuning kedua dilayangkan kepada pemain pertahanan Nik Mohd Shahrul Azim.

Situasi itu dimanfaatkan tuan rumah untuk melancarkan serangan demi serangan ke kubu lawan sehinggalah rembatan kencang oleh pemain gantian, R. Kogileswaran dalam kotak penalti menyelamatkan pasukannya daripada mengalami kekalahan di tangan skuad ibu kota itu.

Selepas tujuh perlawanan, PJ City FC kekal di tangga kelima liga dengan 10 mata diikuti KL City FC di tangga keenam liga (9 mata) manakala Perak FC kekal di tangga kelapan (8 mata) dan UiTM FC pula masih terperosok di bawah liga dengan hanya 1 mata.

Sementara itu, aksi Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) II merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos di Larkin manakala pasukan tercorot liga, Projek FAM-MSN menamatkan badi kekalahan enam perlawanan berturut-turut selepas seri 2-2 menentang Kuching FC di Stadium UiTM Shah Alam.

Dalam pada itu, perlawanan Selangor FC 2 dan Sarawak United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang telah ditunda akibat cuaca buruk dan akan dipinda ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad