web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mbappe Bantu PSG Benam Juara Bertahan Bayern Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 9:07AM

Mbappe menyinar untuk PSG dengan menjaringkan dua gol. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUNICH - Kylian Mbappe menegaskan Paris Saint-Germain (PSG) belum selesa selepas dua golnya membantu kelab Perancis itu menundukkan juara bertahan Bayern Munich 3-2 dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Rentetan 19 perlawanan tanpa kalah Bayern dalam Liga Juara-Juara Eropah tamat dalam perlawanan ulangan aksi final tahun lepas dan menyaksikan kelab gergasi Jerman menerima kekalahan pertama mereka di Eropah sejak Mac 2019.

PSG mendahului 2-0 hanya selepas 28 minit di Allianz Arena selepas Neymar menjadi perancang utama memberi umpanan kepada Mbappe dan Marqinhos.

Bayern yang beraksi tanpa penjaring utama, Robert Lewandowski, menyamakan kedudukan hasil tandukan Eric Maxim Choupo-Moting dan Thomas Muller.

Bagaimanapun, Mbappe menunjukkan bakat menakjubkannya dengan menjaringkan gol kedua untuk memberi pasukan pelawat kelebihan bila aksi beralih ke Paris minggu depan.  

“Kami menjaringkan gol dari semua peluang yang dicipta dan bersama sedikit tuah, tapi keputusan belum muktamad lagi,” Mbappe memberitahu Sky.

Penjaga gawang PSG Keylor Navas memainkan peranan penting dengan menyelamatkan banyak percubaan daripada Bayern, dengan kelab Jerman itu merekodkan 31 percubaan berbanding enam untuk kelab Perancis itu.

“Kami harus menjaringkan lebih banyak gol.

“Kalau permainan ini tamat dengan keputusan 5-3 atau 6-3 berpihak kepada kami, tiada siapa yang akan merungut berdasarkan peluang yang dicipta,” kata Muller

Pengurus Bayern, Hansi Flick, turut menyalahkan kegagalan anak buahnya menyempurnakan peluang-peluang yang dicipta.

“Dengan peluang yang kami ada, kami boleh mendapatkan kemenangan walaupun bolos 3 gol.

“Kami tidak suka kalah, tapi kami bermain dengan baik,” kata Flick.

Dalam perlawanan yang lain, Chelsea menghukum kegagalan Porto untuk menyempurnakan peluang selepas menang 2-0 di tempat lawan.

Mason Mount dan Ben Chilwell menjaringkan gol-gol kelab London itu.

“Suasana dalam bilik persalinan kami amat baik, kami gembira dan teruja tanpa melampau.

“Kami mempunyai mentaliti yang baik akan memberikan persembahan terbaik pada aksi kedua,” kata pengurus Chelsea Thomas Tuchel. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

3

Semasa 4 tahun yang lalu

2 Gol Lewat Rodrygo Musnah Impian Final Man City

4

Sukan 4 tahun yang lalu

City Bawa Kelebihan Tipis Ke Santiago Bernabeu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran