web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man United Bangkit Tewaskan Brighton

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 9:33AM

Greenwood meraikan gol kedua United. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON: Manchester United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Brighton 2-1 awal pagi tadi, dalam usaha merapatkan jurang dengan Manchester City di persada liga, dengan beza 14 mata.

Harapan Tottenham bersaing untuk posisi empat teratas pula menerima tamparan selepas Joe Willock menjaringkan gol lewat buat Newcastle untuk seri 2-2.

United terpaksa berusaha keras pada babak kedua untuk membawa pulang tiga mata selepas persembahan separuh masa pertama yang kurang memuaskan.

Marcus Rashford dan Mason Greenwood menjaringkan gol-gol kemenangan United.

Bekas penyerang United, Danny Welbeck membuka jaringan buat pasukan pelawat.

Peluang United untuk mendekatkan jarak dengan City tampak mustahil dengan peneraju liga itu hanya memerlukan 11 lagi mata daripada tujuh perlawanan untuk merangkul kejuaraan ketiga mereka dalam masa empat tahun.

Tetapi kemenangan ini membuka jurang 11 mata untuk United kepada Tottenham dan Liverpool dalam usaha untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Anak buah Jose Mourinho hanya perlu bertahan untuk lima minit bagi memastikan tiga mata menentang Newcastle selepas Harry Kane menjaringkan dua gol di babak pertama.

Tetapi pemain tengah pinjaman dari Arsenal, Willock, mengecewakan kelab London itu dengan gol penyamaan selepas Joelinton membuka jaringan Newcastle pada babak pertama.

“Saya kecewa. Kami perlu menang permainan ini. Kesilapan pertahanan menyebabkan persembahan kami tidak stabil,” kata Mourinho.

Aleksandar Mitrovic membuka jaringan buat Fulham di tempat lawan, namun Aston Villa bangkit 12 minit sebelum permainan tamat dengan Trezeguet meninggalkan bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol.

Ollie Watkins melengkapkan jaringan buat Villa.

Southampton bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 menentang Burnley di laman sendiri.

Penalti dari Chris Woods dan jaringan Matej Vydra meletakkan Burnley di hadapan seawal minit ke 28.

Namun anak buah Ralph Hasenhuttl bangkit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Stuart Armstrong dan Danny Ings.

Nathan Redmond melengkapkan kebangkitan Southampton dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad