web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gandingan Bergson-Forestieri Buat TFC Gigit Jari Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 7:00AM

Kemenangan itu membolehkan JDT mengutip tiga mata berharga untuk selesa di puncak liga. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan kelima berturut-turut untuk terus mengungguli saingan bagi merebut kejuaraan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam satu perlawanan sengit malam tadi.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus itu, dua penyerang import sensasi JDT Bergson da Silva dan Fernando Forestieri masing-masing mencetak nama sebagai penjaring sementara Muhammad Hakimi Abdullah meledak gol tunggal pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma.

Da Silva memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-31 selepas beliau membuat larian pantas untuk mengawal hantaran jauh rakan sepasukan dengan baik sebelum melepaskan rembatan padu dalam kotak penalti menewaskan Muhammad Rahadiazli Rahalim di gawang.

JDT kemudian selesa mendahului 2-0 hasil penyudah Forestieri yang gagal diselamatkan Muhammad Rahadiazli pada minit ke-47, namun perlawanan bertambah rancak apabila TFC bangkit merapatkan kedudukan empat minit berselang menerusi sepakan percuma cantik Muhammad Hakimi.

Namun, kedudukan 2-1 kekal berpihak skuad Harimau Selatan sehingga ke wisel penamat sekali gus mengutip tiga mata berharga untuk selesa di puncak liga mengumpul 38 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, meninggalkan Sabah FC kedua (34 mata) dan Negeri Sembilan ketiga dengan 29 mata.

Sementara itu, kejutan berlaku dalam aksi Liga Premier apabila pasukan kedua tercorot Perak FC berjaya merakam kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Kelantan FC pada pertembungan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Pasukan tuan rumah di bawah bimbingan Rezal Zambery Yahya bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Jasmir Mehat, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Wan Zack Haikal Wan Nor meledak gol penyamaan Perak FC pada minit ke-14.

Enam minit berselang, pemain pertahanan Kelantan Khairul Helmi Johari tertampan bola ke gawang sendiri dan keadaan menjadi parah apabila skuad The Red Warriors gagal dalam usaha memburu jaringan tambahan sekali gus terpaksa akur menerima kekalahan kedua musim ini.

Dalam pada itu, UiTM FC meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan dengan kejayaan membenam Skuad Projek FAM-MSN 4-1 yang menyaksikan penyerang, Muhammad Alif Safwan Mohd Sallahuddin muncul wira pasukan apabila meledak hatrik pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam.

Alif Safwan memastikan skuad bimbingan Ismail Ibrahim itu selesa mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan sepakan penalti pada minit ke-10 sebelum mencetak dua lagi jaringan masing-masing pada minit ke-21 dan ke-34.

Nazirul Hasif Mailang menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-80 sebelum pasukan pelawat memperoleh gol sagu hati pada masa kecederaan babak kedua hasil penyudah Izzat Zikri Iziruddin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad