web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana Pertahan Emas Boling Padang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 8:14AM

Siti Zalina (foto) dan Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Pasangan atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji bermula dengan langkah kanan dalam misi mempertahan gelaran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mencatat kemenangan pada aksi pembukaan acara 'pairs' wanita hari ini.

Namun, kemenangan diraih pemenang pingat emas edisi 2018 di Gold Coast, Australia itu bukan mudah apabila diberi tentangan sengit sebelum menumpaskan gandingan dari Guernsey, Rosemary Ogier-Lucy Beere, 22-19 di Victoria Park, Leamington Spa.

Pada perlawanan kedua pusingan awal itu esok, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio.

Rentak kemenangan pasangan wanita negara itu diteruskan Fairul Izwan Abd Muin apabila mudah menewaskan pemain Jamaica Robert Simpson, 21-4 dalam perlawanan pertama acara 'singles' lelaki.

Skuad negara juga cemerlang dalam acara lelaki berempat (fours) apabila gandingan Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli mengetepikan cabaran pasukan Brunei, 21-8.

Skuad wanita bertiga negara bagaimanapun berdepan nasib berbeza pada perlawanan pusingan awal acara 'triples'.

Pasukan negara yang dibarisi Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad, tewas pada aksi pertama 14-17 kepada Fiji, sebelum bangkit pada perlawanan kedua dengan menumpaskan skuad Norfolk Island 24-8. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini