web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Komanwel: Badminton Berpasukan Malaysia Tebus Semula Emas, Tewaskan India 3-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 7:08AM

Pemain beregu negara Teng Fong Aaron Chai (kanan) bersama Wooi Yik Soh ketika menentang Zambia dalam acara campuran berpasukan sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Misi tercapai. Pingat emas berpasukan campuran Sukan Komanwel kembali kepada Malaysia.

Pasukan badminton campuran negara berjaya menebus semula kekalahan 1-3 kepada India pada edisi Gold Coast 2018, selepas menumbangkan juara bertahan itu 3-1, pada perlawanan akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini pada Selasa.

Bermain di National Exhibition Centre Hall Five yang hampir dipenuhi penonton, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kemenangan malam tadi dengan mengatasi pasangan beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Kedua-dua pemain yang menunjukkan permainan cemerlang pada set pertama, saling bersaingan dari mata pertama sehingga kedudukan 18-18, sebelum Aaron Chia-Wooi Yik memenanginya 21-18.

Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus mengawal perlawanan dengan mendahului lima mata pada 16-11, dengan serangan kencang yang sering menyebabkan pasangan India itu kehilangan mata, sehingga memberikan mata pertama Malaysia, selepas menang set kedua 21-15.

Goh Jin Wei yang turun pada perlawanan kedua pula layak mendapat pujian, kerana walaupun ketinggalan 1-8 kepada bekas juara dunia Pusarla V. Sidhu, pemain profesional negara itu berjaya menyamakan kedudukan 18-18, sebelum tewas 22-20.

Pada set kedua, Jin Wei terus memberikan persaingan sengit kepada Pusarla, sebelum tewas 17-21 dan membolehkan India menyamakan kedudukan 1-1.

Pemain perseorangan utama kebangsaan Ng Tze Yong kemudiannya membolehkan Malaysia mendahului semula pada perlawanan ketiga, selepas beliau menang perlawanan sengit tiga set ketika berhadapan bekas pemain nombor satu dunia Kidambi Srikanth.

Tze Yong berjaya mengatasi Srikanth pada set pertama 21-19, sebelum seperti hilang punca dan tewas mudah 21-6 pada set kedua.

Bagaimanapun set ketiga menyaksikan Tze Yong kembali ke gelanggang dengan lebih baik dan berjaya memberikan mata kedua kepada Malaysia dengan mengatasi Srikanth 21-16.

Membawa semangat kemenangan Tze Yong itu, pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah memastikan emas keempat bagi acara itu menjadi milik negara selepas edisi Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014, dengan mengalahkan pasangan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, 21-18, 21-17.

Sebaik menang, Thinaah melompat kegembiraan, Pearly melutut pada ketika keseluruhan pasukan Malaysia menyerbu ke gelanggang bagi meraikan kemenangan buat negara.

Sementara itu, gangsa dimenangi Singapura yang mengalahkan pasukan tuan rumah 3-0, pada perlawanan semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar