web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nurul Hidayah Lengkapkan Sasaran Emas AUG

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 3:26PM

Nurul Hidayah mengungguli acara poomsae individu wanita dengan mengutip 8.383 mata. - Gambar ihsan KPT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

UBON RATCHATHANI (Thailand) - Atlet taekwondo wanita negara Nurul Hidayah Abdul Karim muncul penyumbang pingat emas ke-35 pada Sukan Universiti ASEAN (AUG), sekali gus melengkapkan sasaran emas kontinjen negara.

Dalam aksi di Kampus Ban Yang Noi, wirawati itu mengungguli acara poomsae individu wanita dengan mengutip 8.383 mata.

Beliau menewaskan peserta tuan rumah Thunsinee Mookda yang mengumpul 8.350 mata, manakala atlet Indonesia Ruhil Masri meraih tempat ketiga dengan 8.049 mata.

“Saya bersyukur dapat pingat ini kerana ia merupakan kali pertama emas diraih taekwondo pada temasya AUG.

“Sedikit gementar berikutan saya merupakan atlet pertama yang membuat persembahan sebentar tadi,” katanya kepada pemberita

Kejayaan Nurul Hidayah itu memberi khabar gembira buat kontinjen negara selepas tersangkut di emas ke-34 disumbangkan sukan memanah Ahad lepas.

“Saya sendiri tidak tahu ini merupakan emas ke-35, jadi saya tak fikir sangat hanya fokus sahaja di atas gelanggang tadi,” katanya.

Sementara itu Malaysia meraih perak menerusi Jason Loo Jun Wei dalam poomsae individu lelaki.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Vietnam 2021 itu mencatatkan 8.116 mata, sekali gus gagal menyaingi peserta tuan rumah Worapol Sianglio yang muncul juara dengan 8.233 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan Universiti Asean: Low Zheng Yong Raih Emas Pertama Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran