web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Universiti Asean: Low Zheng Yong Raih Emas Pertama Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 7:02AM

Perenang negara, Low Zheng Yong (kiri) menunjukkan pingat emas & Welson Sim menunjukkan pingat gangsa yang dimenangi mereka di Ubon Ratchathani, Thailand. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

UBON RATCHATHANI - Perenang negara Low Zheng Yong meraih emas sulung Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di kampus Ban Yang Noi di sini hari ini.

Zheng Yong pada final acara itu merekodkan catatan 3 minit 59.57 saat (s) menundukkan perenang   Indonesia, Nicolas Karel Subagyo di tempat kedua dengan catatan 4:01.85s.

Beliau dalam masa sama mengejutkan rakan senegara Welson Sim yang menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 4:07.29s.

Paling manis kejayaan dilakar Zheng Yong berjaya mengekalkan pingat emas dimenangi negara pada temasya edisi 2018  berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.

Dalam pada itu, hasrat bagi melihat kutipan pingat emas kedua daripada kem renang negara terbantut selepas Goh Chia Tong menamatkan saingan di tempat kedua bagi acara 400m gaya bebas wanita.

Chia Tong meraih pingat perak menamatkan saingan dengan catatan 4:28.51s di belakang perenang  Singapura, Chan Zi Yi yang memenangi acara tersebut dengan catatan masa 4:27.58s

Sementara gangsa acara itu dimenangi perenang Indonesia, Prada Hanan Farmadini dengan catatan 4:28.68s.

Dalam aksi lain, kem renang turut menambah satu lagi kutipan pingat perak menerusi Ng Tze Xiang  dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki.

Tze Xiang merekodkan catatan 24:82s di belakang perenang Thailand Navaphat Wongcharoen yang mengungguli emas acara itu dengan catatan 24.79s.

Gangsa dimenangi perenang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan dengan catatan 25.05s. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

APG 2022: Muhammad Nur Syaiful Tuai Emas Pertama di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Kuartet Renang Lelaki Raih Perak, Lebur Rekod Kebangsaan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Perenang Negara Cipta 2 Rekod Kebangsaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Brenda Anellia Raih Emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran