web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angkat Berat, Berbasikal Ceriakan Kem Negara Di Birmingham

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 8:38AM

Mohamad Aniq Kasdan meraikan kejayaan memenangi emas pertama Malaysia apabila mengungguli kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Penantian kontinjen negara untuk meraih kilauan pingat akhirnya terlerai pada hari ketiga Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila acara angkat berat dan berbasikal masing-masing menghadiahkan dua pingat emas dan sebutir gangsa hari ini.

Selepas kemarau pingat sejak temasya sukan itu dibuka secara rasmi pada Khamis lepas, skuad angkat berat melakar pencapaian sensasi di Pusat Pameran Nasional (NEC) apabila menyumbangkan dua emas.

Mohamad Aniq Kasdan - Gambar AFP
Mohamad Aniq Kasdan - Gambar AFP

Mohamad Aniq Kasdan menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di temasya sukan kali ini apabila mengungguli kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Muhamad Aznil Bidin - Gambar AFP
Muhamad Aznil Bidin - Gambar AFP

Kira-kira dua jam kemudian, giliran Muhamad Aznil Bidin pula memastikan lagu Negaraku berkumandang buat kali kedua di pusat pameran itu apabila melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285kg dalam kategori 61kg bagi mempertahankan gelaran dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Lebih membanggakan, kedua-dua badang negara itu mencipta rekod baharu temasya sukan berkenaan.

Muhammad Shah Firdaus (depan) bersaing dalam pusingan kedua acara keirin. - Gambar AFP
Muhammad Shah Firdaus (depan) bersaing dalam pusingan kedua acara keirin. - Gambar AFP

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan gangsa dalam acara keirin lelaki di Lee Valley VeloPark, London malam ini.

Kem angkat berat berpeluang menambah koleksi pingat pada hari keempat temasya esok apabila Muhammad Erry Hidayat, dijadual turun beraksi dalam kategori 73kg.

 Sebelum ini, Erry, yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon,  menempah slot automatik ke Birmingham selepas meraih perak di Kejohanan Angkat Berat Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan pada 2021.

Tumpuan juga terarah kepada skuad ping pong wanita yang mencipta kejutan menyingkirkan juara bertahan, India, 3-2, di peringkat suku akhir sekali gus menempah pertemuan menentang Wales di separuh akhir, esok. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad