web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Jurulatih Gimrama Negara Disekat Ke England?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:06AM

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Status kelulusan visa dua jurulatih gimrama negara yang merupakan warganegara Rusia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, kini menjadi tanda tanya.

Tanpa menyebut nama jurulatih terlibat, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kedua-dua mereka bakal terkena tempias susulan sekatan kemasukan dilaksanakan kerajaan United Kingdom (UK) ke atas warga Rusia.

“Pihak pengurusan kontinjen Malaysia telah memenuhi semua proses pendaftaran sebagaimana ketetapan penganjur malah telah mengemukakan surat rayuan kepada presiden CGF (Persekutuan Sukan Komanwel) bagi membantu mempercepatkan kelulusan visa tersebut.

“Namun, maklum balas yang diterima daripada pihak CGF berhubung status visa bagi kedua-dua jurulatih gimrama negara memaklumkan bahawa mereka juga masih menunggu keputusan UK Visas and Immigration,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad Faizal berkata demikian usai sesi perjumpaan bersama kem ragbi tujuh sebelah, judo dan triatlon negara di perkampungan sukan di University of Warwick, kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar, di sini.

Katanya, menurut makluman daripada pihak CGF, sekatan itu juga melibatkan semua warga Rusia yang mewakili negara lain pada temasya empat tahun sekali itu.

Justeru, beliau berkata sekiranya rayuan berkenaan tidak berjaya, maka Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia Afrita Ariany Nasril serta jurulatih tempatan Lim Win Chean akan diterbangkan ke Birmingham, esok untuk menguruskan pasukan gimrama negara sepanjang temasya berlangsung.

Ahmad Faizal memaklumkan kontinjen negara dianggotai Koi Sie Yan, Ng Joe Ee dan Izzah Amzan turut dijadual berlepas esok dari Minsk, Belarus, setelah menjalani latihan intensif di sana.

Skuad gimrama kebangsaan akan mula beraksi pada 4 Ogos di Arena Birmingham.

Dalam pada itu, beliau yakin cuaca dingin di sini tidak akan menjejaskan persembahan 104 atlet yang berjuang  membawa cabaran negara dalam temasya yang dibuka secara rasmi bermula 7 malam ini (2 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Sementara itu, Ahmad Faizal yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan Komanwel ke-10 di sini, semalam memberitahu Malaysia telah menyatakan inisiatif yang diambil kerajaan seiring dengan hasrat Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Tambahnya, antara inisiatif dibawa ke mesyuarat tersebut adalah pelancaran Pelan Tindakan Wanita dalam Sukan dengan peruntukan berjumlah RM10 juta, penganjuran Liga Esports Para serta penyediaan Visi Sukan Negara 2030 bagi memacu pembangunan sukan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Arca Wanita Berhijab Dipamer Di Birmingham 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad