Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selangor Pertimbang Bangun Semula Stadium Shah Alam Jika Kos RM787 Juta

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jul 2022 7:00AM

Kos penyelenggaraan Stadium Shah Alam telah meningkat lebih dua kali ganda daripada harga asal, iaitu RM350 juta pada tahun 2013 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hanya akan mempertimbang untuk membangunkan semula Stadium Shah Alam jika kosnya bersamaan dengan nilai baik pulih semasa, iaitu sebanyak RM787 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu bagaimanapun mengambil kira beberapa faktor berdasarkan pembangunan stadium.

Katanya, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membina semula stadium itu, memandangkan kos penyelenggaraan meningkat lebih dua kali ganda daripada harga asal, iaitu RM350 juta pada tahun 2013.

“Berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2013, kos penyelenggaraan adalah sekitar RM350 juta, tetapi selepas kita membuat penilaian semula hari ini dan berdasarkan harga semasa serta kerosakan terkini di Kompleks Sukan Shah Alam, kosnya meningkat hampir dua kali ganda kepada RM787 juta, termasuk Stadium Malawati dan Stadium Mini.

“Atas sebab itu, kita mempertimbangkan sekiranya kos naik taraf atau pembinaan semula lebih rendah atau menyamai RM787 juta, lebih baik kita membina stadium baharu dan menyelenggara kedua-dua komponen (Stadium Malawati dan Stadium Mini) untuk kegunaan pembangunan sukan di Selangor.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Rizam Ismail yang bertanya mengenai kapasiti dan tahap penyelenggaraan Stadium Shah Alam pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Kerajaan negeri mendakwa ia membelanjakan kira-kira RM64 juta sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Selangor pada tahun 2008 sebagai Pakatan Rakyat, sehingga 2020 untuk membaik pulih dan menaik taraf Stadium Shah Alam serta beberapa komponen lain di kompleks sukan itu.

Berdasarkan jumlah terbabit, RM5 juta hingga RM6 juta dibelanjakan setiap tahun sehingga 2018 bagi tujuan itu, apabila pengurusannya diambil alih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd.

Dari tahun 2015 hingga 2017, sejumlah RM11,745 juta dibelanjakan untuk menaik taraf kemudahan tandas, bilik korporat orang kenamaan (VIP dan VVIP), memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan membaiki bumbung stadium serta lampu padang.

Manakala, sejumlah RM2.22 juta hingga RM5 juta dibelanjakan untuk mengubah suai beberapa kemudahan, termasuk mengecat pagar stadium, membersihkan rasuk dan menaik taraf tandas seta bumbung.

Perbelanjaan itu berdasarkan keperluan tepat pada masanya bagi memastikan stadium berkenaan dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk beberapa aktiviti, termasuk konsert serta perlawanan bola sepak.

“Sebanyak RM5.22 juta juga dibelanjakan untuk penyelenggaraan berkala, seperti pembersihan luar stadium, perkhidmatan keselamatan, penyelenggaraan lif, padang dan elektrik serta kerja awam sepanjang tempoh terbabit,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu juga memaklumkan, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM600,000 untuk menggantikan bumbung polikarbonat dan kawasan lain yang terjejas, sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, menerusi surat hasrat berhubungan perkara terbabit, firma pembinaan dan kejuruteraan Malaysian Resources Corporation Bhd mempunyai tempoh enam bulan dari sekarang untuk mengemukakan cadangan terperinci mengenai Stadium Shah Alam kepada kerajaan negeri.

Ia dijangka merangkumi beberapa pilihan untuk pembangunan semula, pengubahsuaian dan pembinaan kemudahan baharu sepenuhnya.

Pelan itu juga perlu memasukkan kelulusan perintah pembangunan dan pelan pembangunan untuk memulakan proses menaik taraf atau membangunkan semula stadium. – The Vibes, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam - Amirudin

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mohd Na'im Perjelas Isu B40, M40 Bayar Kos Penuh Haji

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kos Rawat Kecederaan Paru-Paru Akibat Vape Cecah RM150,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cadangan Pendekkan Tempoh Kerjakan Haji Tidak Mampu Kurangkan Kos

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Luar Negara 17 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan