web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah ‘Lek Gor’ Akan Disiasat Kerana Penstriman Haram?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 11:05AM

Kumpulan Facebook yang dipanggil 叻哥羽毛球粉丝俱乐部 Kumpulan Rasmi LekGor didakwa berkongsi siaran langsung perlawanan badminton secara percuma - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Penstriman haram dilihat berlaku dengan begitu berleluasa dalam industri sukan sehingga mengakibatkan perniagaan yang sah dalam pelbagai sektor menderita dari segi ekonomi.

Susulan gejala tersebut, pihak berkuasa telah menetapkan undang-undang ketat melibatkan penstriman haram, namun ia masih menjadi isu yang sukar dibendung kerana banyak penstriman haram difahamkan mempunyai hubungan dengan orang yang berkuasa dalam industri.

Sebagai contoh, kumpulan badminton tempatan di Facebook yang dipanggil 叻哥羽毛球粉丝俱乐部 Kumpulan Rasmi LekGor – kemungkinan telah menukar nama selepas penulisan ini. 

Kumpulan persendirian (private) terbabit telah memperoleh 93,300 pengikut (setakat laporan ditulis) dan didakwa berkongsi siaran langsung perlawanan badminton secara percuma, yang terbaru adalah Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai.

Semakan oleh pasukan sukan The Vibes mendapati, kumpulan berkenaan diwujudkan pada 29 Oktober tahun lalu tetapi telah menukar namanya sebanyak enam kali.

Pihak pentadbir atau admin telah menyiarkan siaran langsung kejohanan badminton dalam kumpulan tersebut, yang dipercayai diambil secara haram.

Sumber dalaman kumpulan badminton memberitahu The Vibes, pentadbir halaman ‘Lek Gor’ telah dimaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan menyiarkan secara langsung perlawanan badminton, tetapi ‘Lek Gor’ menafikan pernah melakukan perbuatan terbabit.

“Apabila berdepan, ‘Lek Gor’ sudah tentu menafikan segala-galanya.

“Penganjur tidak dapat memfailkan sebarang pertuduhan ke atas dakwaan penstriman haram itu kerana mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa ‘Lek Gor’ melakukannya,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, akhbar China Sin Chew Daily melaporkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah membatalkan permit kerja ‘Lek Gor’ untuk Super 750 Terbuka Malaysia pada 30 Jun lalu. 

Tidak dapat dipastikan sama ada ‘Lek Gor’ telah diiktiraf dengan pas media atau penaja, tetapi ramai peminat badminton mendedahkan, kumpulan berkenaan menyiarkan secara haram perlawanan badminton. 

Ini berikutan kekecewaan mereka terhadap kumpulan Facebook tersebut kerana menyekat 500 tempat duduk di Axiata Arena - bahagian 306 dan 307 - yang sepatutnya untuk tempat duduk bebas.

Peminat lain yang telah membeli tiket dalam talian untuk tempat duduk terbabit meluahkan kemarahan di media sosial selepas mengetahui bahawa ‘Lek Gor’ telah mengatur tempahan melalui kumpulan Facebook lain yang turut mereka uruskan, dipanggil 叻哥频道 Channel 666, yang memiliki kira-kira 157,000 pengikut .

Demi meredakan kemarahan, BAM segera membuat hantaran di Twitter untuk meyakinkan orang ramai bahawa mereka dan penganjur kejohanan KH Worldwide tidak akan membenarkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.

‘Kejayaan’ ‘Lek Gor’ dan Channel 666 telah melahirkan ramai peniru, yang turut mengedarkan siaran langsung haram kejohanan badminton di kumpulan badminton Facebook mereka untuk mendapatkan pengikut.

 

Siapakah ‘Lek Gor’?

Tiada siapa yang tahu tetapi semasa Terbuka Malaysia yang berakhir baru-baru ini, dia dilihat dengan tag rakan rasmi dan mempunyai akses mudah kepada pemain, meskipun media dihadkan.

Terdapat video ‘Lek Gor’ ‘menemu bual’ pemain nombor 1 dunia, Viktor Axelsen semasa kejohanan itu.

Apakah hubungannya dengan orang besar merupakan ‘pas’ untuk semua penstriman haramnya?

Tidakkah pihak berkuasa akan menggunakan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang baru diwartakan?

Di bawah pindaan itu, penjualan peranti penstriman haram dan pengedaran kandungan haram melalui platform digital seperti aplikasi, laman web, aplikasi pemesejan dan media sosial adalah satu kesalahan jenayah.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM200,000, penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali. – The Vibes, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad