web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Asia 2023: 4 Negara Tawar Diri Ganti China

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:19AM

Pada Mei tahun ini, Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengumumkan penarikan diri daripada menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berikutan pandemik COVID-19 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar telah mengemukakan tawaran untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.  

Pada Mei tahun ini, Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengumumkan penarikan diri daripada menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berikutan pandemik COVID-19.

Tarikh tamat asal untuk menghantar bidaan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berakhir hujung bulan lepas tetapi ia dilanjutkan hingga 15 Julai.

AFC yang merupakan badan pentadbir bola sepak Asia berkata dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Eksekutifnya akan mengumumkan tuan rumah kepada pertandingan 24 pasukan itu pada 17 Okt depan.

Malaysia merupakan antara 24 pasukan yang layak ke Piala Asia 2023.

Pada 14 Jun lepas, skuad negara di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas menduduki tempat kedua Kumpulan E dalam Kelayakan Piala Asia 2023 dan mara sebagai satu daripada lima pasukan teratas daripada enam kumpulan.

Dalam aksi kelayakan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia bermula dengan langkah kanan dengan menewaskan Turkmenistan 3-1 sebelum tewas kepada Bahrain 1-2 dan membenam Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia beraksi di dalam Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007 tetapi kali terakhir negara layak secara merit ialah pada edisi 1980 di Kuwait. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan