web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nauraj Mencatat Rekod Kebangsaan Baharu di Austria

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 2:39PM

Nauraj perlu membuat lompatan setinggi 2.33m atau lebih untuk layak ke Olimpik Tokyo. Gambar: fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa, yang menyambut hari jadinya yang ke-29 pada Rabu, memperbaharui rekod kebangsaannya sendiri bagi acara dalam dewan di Kejohanan Indoor Track and Field Vienna pada awal pagi tadi.

Nauraj merekodkan lompatan setinggi 2.20m, lebih 0.01m untuk mencipta rekod baharu di Austria, menurut keputusan rasmi di laman sesawang kejohanan.

Rekod sebelumnya pada 2.19m dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman pada 10 Feb 2019.

Pencapaian berkenaan meletakkan juara Sukan SEA tiga kali itu di tempat kedua, di belakang pemenang Tobias Potye dari Jerman yang membuat lompatan setinggi 2.26m manakala atlet tuan rumah, Lionel-Afan Strasser menduduki tempat ketiga.

Ini adalah kejohanan pertama Nauraj yang berpangkalan di Eropah setelah menunggu hampir setahun kerana pandemik COVID-19.

Kali terakhir atlet kelahiran Johor itu bertanding di Sydney Track Classic (acara luar dewan) pada 22 Feb tahun lepas sebelum pandemik tersebut menyebabkan kalendar sukan antarabangsa terhenti.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata rekod tersebut akan disahkan secara rasmi setelah dokumen berkaitan diterima oleh Persekutuan Olahraga Malaysia.

“Satu permulaan yang baik bagi Nauraj dengan lompatan 2.20m bagi tahun ini. Nauraj akan terus berlatih di luar negara.

“Kita berharap beliau dapat mengekalkan prestasi ini dan seterusnya dapat mempamerkan prestasi terbaik (pada kejohanan) luar dewan kelak supaya boleh mendapatkan tempat ke Sukan Olimpik Tokyo secara merit nanti,” katanya kepada Bernama.

Nauraj, yang juga memegang rekod kebangsaan acara luar dewan 2.30m, perlu membuat lompatan 2.33m atau lebih untuk layak ke Olimpik Tokyo berdasarkan merit dengan tempoh kelayakan berakhir pada 29 Jun. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PKR Bantah Keputusan Kerajaan Terengganu Larang Atlet Wanita Sertai Gimnastik 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Harumkan Nama Malaysia, Faiz Ungguli Kejohanan Bina Badan Asia 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad