web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Natasha-Li Jane Genggam Gangsa Di Alabama

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 12:01PM

Natasha Mohamed Roslan-Sin Li Jane telah meraih pingat gangsa acara beregu wanita Kejohanan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat - Gambar Facebook Bowling Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Natasha Mohamed Roslan-Sin Li Jane memastikan kem boling negara tidak pulang tangan kosong apabila meraih pingat gangsa acara beregu wanita Kejohanan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat, awal pagi ini.

Menurut laman web Kejohanan Dunia, Natasha-Li Jane mengatasi cabaran sengit pasangan Colombia Juliana Franco-Clara Guerrero dengan kemenangan 235-204, 247-237 di Kompleks Konvensyen Birmingham Jefferson.

Dengan kemenangan itu, kedua-dua pemain terutama Li Jane berjaya melunaskan dendam terhadap Guerrero selepas tewas pada pusingan 16 terakhir perlawanan perseorangan wanita sebelum ini.

Natasha-Li Jane terlepas peluang merebut pingat emas selepas tewas kepada Denmark Mika Guldbaek-Mai Ginger Jensen 213-248, 215-225 pada pertembungan separuh akhir semalam.

Guldbaek-Ginger Jensen merangkul emas dengan menundukkan pasangan tuan rumah Julia Bond-Shannon O'keefe 199-184, 182-226, 226-177.

Natasha-Li Jane memulakan kempen mereka dengan menyingkirkan Taishaye Naranjo-Pamela Perez dari Puerto Rico 234-164, 203-178 pada pusingan 16 terakhir dan mengenepikan Denise Blankenzee-Samantha Greiner dari Belanda 259-144, 194-188 pada suku akhir.

Terdahulu, cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki terhenti di suku akhir apabila Muhammad Rafiq Ismail dan Timmy Tan masing-masing disingkirkan wakil Kanada manakala gandingan mereka dalam saingan beregu lelaki terkandas di pusingan 16 terakhir, tewas kepada tuan rumah.

Penampilan terbaik kem tenpin boling negara di Kejohanan Dunia adalah pada edisi Lahti 1997 di Finland, dengan Sharon Low-Daniel Lim merangkul emas acara beregu campuran manakala kali terakhir Malaysia memenangi pingat di Kaohsiung 2009 di Taiwan dengan dua gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Azeem, Sheeren Terima Insentif Dari Kerajaan Perak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelari Pecut Sensasi Malaysia Raih Gangsa 100m Sukan Asia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad