web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Virandeep Lakar Sejarah Pemain Pertama Malaysia Cipta 1,000 Larian Pada T201

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 9:42PM

Virandeep Singh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain kriket negara, Virandeep Singh mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama mencatatkan 1,000 larian dalam format Twenty20 International (T20I).

Pemain berusia 23 tahun itu mencapai kejayaan itu apabila membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian dalam Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 di Oval UKM, di Bangi, dekat sini, semalam.

Virandeep, yang membuat penampilan sulung T20I menentang Thailand dalam Siri Tri-Nation Malaysia 2019, mencapai angka itu selepas empat pukulan dan empat pukulan enam untuk keseluruhan 72 larian semalam bagi membantu Malaysia mengumpul 230/4 manakala Maldives 136/6.

Dengan tambahan 72 larian yang dilakukan semalam untuk dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan, Virandeep kini mengumpul sejumlah 1,034 larian dalam kira-kira 38 perlawanan T20I.

Bercakap kepada Bernama mengenai pencapaian terbarunya, Virandeep percaya ia boleh menjadi permulaan yang baik untuk beliau bekerja lebih keras ke arah kerjaya kriket yang gemilang.

Saya berasa kagum dan sentiasa gembira untuk pencapaian seperti ini sejak saya mula mewakili Malaysia. Malah, saya mahu melakukannya dengan baik untuk negara. Bukan bermain untuk rekod atau mengejar populariti tetapi apabila perkara seperti ini berlaku, semua usaha gigih saya ini berhasil.

“Sekarang saya perlu memastikan untuk mengekalkan prestasi ini dan lebih penting berusaha lebih keras untuk memenangi lebih banyak perlawanan untuk Malaysia,” katanya.

Tahun lalu, Virandeep mengukir namanya sebagai pemain negara pertama beraksi dalam Liga Perdana Everest Nepal 2021 selepas menandatangani kontrak dengan Chitwan Tigers.

Malaysia, selaku tuan rumah, telah mengekalkan rekod bersih untuk menungguli Siri Quadrangular T201 Malaysia 2022 dengan mengumpul 12 mata selepas mengalahkan Maldives, Bhutan dan Thailand (masing-masing dua kali) dan akan berdepan dengan pasukan kedudukan kedua, Bhutan, pada final esok.

Selepas siri quadrangular ini, Virandeep akan mewakili negara pada saingan format 50-over, Liga A Cababaran Piala Dunia Kanada dari 27 Julai hingga 6 Ogos ini iaitu siri kelayakan Piala Dunia 2023 di India. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Jika Ini Benar, Maka Kriket Malaysia Memasuki Wilayah Berbahaya!

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Saya Masih Presiden Yang Sah, Diiktiraf Pesuruhjaya Sukan’ - Iqbal

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar