Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gelaran Juara Pertama Bersejarah Bagi Apriyani-Siti Fadia

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 7:08PM

Pemain beregu wanita Indonesia Apriyani Rahayu (kiri) dan Siti Fadia Silva Ramadhanti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan baharu beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti menjulang kejuaraan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2022 di sini, hari ini, meskipun baru sebulan membuat penampilan sulung.

Ini adalah kejohanan terbuka ketiga mereka selepas kali pertama digandingkan pada Indonesia Masters bulan lepas.

Apriyani-Siti Fadia mengakhiri prestasi cemerlang mereka untuk dimahkotakan sebagai juara selepas menundukkan Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China menerusi set penentuan di Arena Axiata. 

Gandingan nombor 133 dunia itu menang set pertama 21-18, namun gagal mengekalkan permulaan cemerlang mereka sekali gus membolehkan Shu Xian-Yu bangkit untuk menang 12-21.

Ketika ketinggalan tiga mata 4-7 pada set penentuan, pasangan Indonesia itu berjaya merubah kedudukan untuk mendahului pada mata 13-12 seterusnya mengekalkan rentak permainan bagi meraih mata kemenangan 21-19.

Ini merupakan kejayaan kedua  Apriyani-Siti Fadia selepas mereka meraih pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei lepas, mengalahkan Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dari Thailand, 21-17, 21-14.

Apriyani, 24, nyata gembira dengan gelaran juara terbuka pertama mereka itu dan berharap dapat meraih lebih banyak kejayaan bersama Siti Fadia, 21, pada masa depan termasuk memenangi pingat emas kedua Sukan Olimpik di Paris pada 2024.

Ini merupakan kejayaan kedua  Apriyani-Siti Fadia selepas mereka meraih pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei lepas - Gambar oleh Alif Omar
Ini merupakan kejayaan kedua Apriyani-Siti Fadia selepas mereka meraih pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei lepas - Gambar oleh Alif Omar

Apriyani, tidak asing dalam arena badminton Indonesia memandangkan dia dan bekas gandingannya, Greysia Polii pernah menewaskan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-19, 21-15 untuk merangkul emas dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas. 

Dia mengakui hampir putus asa selepas Greysia memutuskan mahu bersara beberapa bulan lepas, tetapi kini berasa lega apabila gandingannya bersama Siti Fadia mula menampakkan hasil.

“Terima kasih kepada Greysia yang banyak sekali bimbing saya sebelum ini dan apa yang saya belajar daripadanya bantu saya untuk turunkan ilmu kepada Siti Fadia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Walaupun telah meraih gelaran juara terbuka pertama mereka, Siti Fadia tetap merendah diri dan berkata perjalanan bersama Apriyani masih jauh.

Sementara itu, dalam kategori beregu campuran, pilihan kedua Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China mencipta hatrick juara Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pilihan utama Dechapol Puaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

 Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China mencipta hatrick juara Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pilihan utama Dechapol Puaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand - Gambar oleh Alif Omar
Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China mencipta hatrick juara Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pilihan utama Dechapol Puaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand - Gambar oleh Alif Omar

Si Wei-Ya Qiong berjaya menguasai permainan dari awal set pertama lagi untuk menundukkan penyandang juara dunia itu, 21-13 sebelum memastikan gelaran juara dengan 21-18 pada set kedua.

Ini merupakan gelaran juara kelima berturut-turut bagi Si Wei-Ya Qiong selepas menang ke atas rakan senegara Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-17, 21-8,  dalam Kejohanan Badminton Asia di Manila. 

Si Wei ketika ditemui selepas perlawanan berkata dia teruja meraih gelaran juara, kali ketiga berturut-turut di Malaysia.

Dalam pada itu, Ya Qiong pula berkata mereka hanya mahu fokus pada satu perlawanan dalam satu masa meskipun menjadi antara pasangan pilihan untuk menang dalam Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Tokyo, Jepun, dijadual pada 21-28 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 20 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia