web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yew Sin-Ee Yi Singkir Juara Olimpik Untuk Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 7:18PM

Yew Sin (kiri) dan Ee Yi cemerlang melangkah ke suku akhir dalam straight sets. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menceriakan kem badminton negara apabila mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022 di Arena Axiata hari ini.

Lebih manis, pasangan kesepuluh terbaik dunia itu menewaskan juara Olimpik dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin untuk kali kedua selepas melakukannya pada saingan suku akhir Kejohanan Dunia tahun lepas.

Pada aksi pusingan kedua yang meraih sokongan gemuruh daripada penonton di stadium, pasangan negara memerlukan 41 minit sebelum berjaya menundukkan pasangan Taiwan yang menduduki ranking keempat dunia 21-17, 21-18.

Ketika ditemui pemberita, Yew Sin berkata sokongan padu daripada penyokong telah membakar semangat mereka untuk meraih kemenangan mudah ke atas lawan tanpa diheret ke set penentuan.

“Syukur kami berjaya hari ini. Kami tidak meletakkan harapan tinggi sebelum perlawanan hari ini sebaliknya merancang mengutip mata demi mata dan berikan saingan terbaik,” katanya.

Yew Sin-Ee Yi selaku gandingan bukan pilihan dijadual berdepan pilihan keenam dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang mengenepikan Mark Lamsfuss-Marvin Seidel dari Jerman 19-21, 21-10, 21-15.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan semangat sedang membara apabila mudah menewaskan lawan dari Singapura Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean 21-16, 21-13.

Pasangan di ranking keenam dunia itu bakal berdepan gandingan The Daddies Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, mengulangi pertemuan perebutan pingat gangsa temasya Olimpik tahun lepas.

Pilihan ketiga kejohanan itu melangkah ke suku akhir selepas mengecewakan He Ji Ting-Zhou Hao Dong dari China 21-13, 21-10.

Aaron berharap mereka mampu mengekalkan momentum yang mereka peroleh ketika aksi di Tokyo bagi mengesahkan slot ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad