web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamilton Pamer Aksi Menakjubkan Di GP Bahrain

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 8:09AM

Hamilton menjulang trofi pemenang di atas podium selepas tamat GP Bahrain. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAKHIR - Lewis Hamilton memberikan satu lagi persembahan menakjubkan selepas berjaya menahan kemaraan pemandu Red Bull, Max Verstappen untuk memenangi perlumbaan pembuka tirai musim baharu Formula Satu (F1) di GP Bahrain.

Juara bertahan tujuh kali itu menunjukkan kemahiran berlumbanya di beberapa pusingan terakhir untuk bertahan dan meraih kemenangan F1 ke-96.

Seperti yang diharapkan, Hamilton dan Verstappen mempamerkan aksi mengujakan, meninggalkan seorang lagi pemandu Mercedes Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Ini adalah kemenangan pembuka tirai pertama Hamilton sejak 2015, ia juga mengejutkan pemerhati kerana Red Bull telah mendominasi ujian pra-musim, sesi latihan dan kelayakan menjelang perlumbaan.

“Pertama sekali, saya nak katakan ini kali pertama nampak peminat dalam jangka masa yang lama.

“Ia adalah satu perlumbaan yang amat sukar,  dengan strategi pit-stop yang kami gunakan, kami tahu keadaan akan menjadi sukar. Tapi kami harus menghentikan Max dan untuk berbuat demikian ia memerlukan usaha yang istimewa,” kata Hamilton.

Verstappen dalam pada itu, dengan nada kecewa berkata:

“Kita harus melihat perkara positif tentang kekalahan ini. Kita bersaing hebat dengan mereka dan memulakan musim ini sebegini sangat memberangsangkan.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad