web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Stadium Shah Alam Sudah Jadi 'Gajah Putih'?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 12:00PM

Keadaan panel bumbung Stadium Shah Alam yang hilang dan ada juga yang tergantung dengan merbahaya di atas tempat duduk. - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apakah yang sudah berlaku ke atas Stadium Shah Alam, yang satu ketika dahulu dianggap mercu tanda negeri?

Dibina awal tahun 1990an dengan kos keseluruhan RM480 juta, stadium berkenaan dan segala fasiliti yang ada kini semakin dimamah usia.

Jelas kelihatan bumbung stadium dalam keadaan usang, dengan kepingan panel yang hilang, tanpa sebarang tanda menunjukkan ia sedang dibaiki.

Kawasan sekitar pula lebih layak disiarkan dalam video ‘tempat terbiar’ berbanding fasiliti sukan yang ‘sedang dibaik pulih’.

Kaunter tiket pula tidak pernah beroperasi sejak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengharamkan penganjuran sebarang perlawanan atas faktor keselamatan.

Kaunter tiket usang di mana sebelum ini peminat akan membeli tiket untuk menonton pasukan kegemaran mereka bermain. - Gambar The Vibes
Kaunter tiket usang di mana sebelum ini peminat akan membeli tiket untuk menonton pasukan kegemaran mereka bermain. - Gambar The Vibes

Bersambung dengan struktur utama stadium ialah bazar perabot yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat. Walaupun tiada sebarang pelanggan, pintu besinya masih terbuka.

Baru-baru ini, pasukan dari Indonesia, PSM Makassar mengadakan sesi latihan di Stadium Mini Shah Alam yang terletak bersebelahan, sebelum perlawanan menentang KL City sempena Piala AFC.

Kedai perabot 'Bazaar Five Star' yang beroperasi di dalam kompleks stadium. - Gambar The Vibes
Kedai perabot 'Bazaar Five Star' yang beroperasi di dalam kompleks stadium. - Gambar The Vibes

‘Di bawah pengurusan kerajaan negeri’

Stadium terbabit berada di bawah jagaan Pengurusan Fasiliti Darul Ehsan (DEFM), yang dimiliki sepenuhnya oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Sebelum ini, fasiliti terbabit ditutup lebih sembilan bulan pada 2013 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang menelan belanja RM140 juta. Namun tidak berapa lama selepas ia disempurnakan, keadaan stadium kembali memburuk pada 2020.

Pintu masuk bawah tanah ke dalam stadium dipenuhi dengan sampah. - Gambar The Vibes
Pintu masuk bawah tanah ke dalam stadium dipenuhi dengan sampah. - Gambar The Vibes

Menurut laporan berita pada Ogos 2020, kerja-kerja membaik pulih Stadium Shah Alam bakal menelan belanja sehingga RM250 juta.

Difahamkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dua tahun lalu dilaporkan berkata, proses menggantikan bumbung polycarbonate sahaja akan menelan belanja RM30 juta dan mengambil masa empat hingga enam bulan, manakala kos keseluruhan membaiki stadium berusia 28 tahun itu boleh mencecah RM250 juta.

Kerana itu, pasukan bola sepak Selangor diminta berpindah sementara ke stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk perlawanan di laman sendiri sementara menanti Stadium Shah Alam sedia digunakan pertengahan tahun ini.

'Mentaliti Juara' tertera di dinding, nampak ironik dengan keadaan stadium sekarang. - Gambar The Vibes
'Mentaliti Juara' tertera di dinding, nampak ironik dengan keadaan stadium sekarang. - Gambar The Vibes

Negara sudah menginjak ke pertengahan tahun tetapi pasukan Selangor masih bermain di Petaling Jaya manakala Stadium Shah Alam kekal terbiar menyembah bumi.

Sudah dua tahun, dan kerajaan negeri masih membisu. Apa agaknya nasib stadium kedua terbesar negara ini akhirnya.

Apabila The Vibes menghubungi ahli jawatankuasa khas Stadium Shah Alam dan bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ruslan Abdul Aziz, beliau memberitahu satu pengumuman khas berhubung nasib stadium terbabit akan dibuat Menteri Besar pada 25 Julai nanti ketika acara Rancangan Selangor Satu.

“Kita perlu menunggu pengumuman Menteri Besar,” katanya.

DEFM yang beroperasi dari stadium, juga menguruskan fasiliti itu. – Gambar The Vibes
DEFM yang beroperasi dari stadium, juga menguruskan fasiliti itu. – Gambar The Vibes

Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan diterima dari pejabat Menteri Besar ketika ditanya berkenaan stadium itu.

Dengan kapasiti 80,000 tempat duduk, Stadium Shah Alam ialah kedua terbesar di negara ini, di belakang Stadium Bukit Jalil yang memiliki kapasiti 87,411 tempat duduk dan siap sepenuhnya pada Julai 1998 dengan kos dua kali ganda lebih tinggi.

Terletak di barat Kuala Lumpur, stadium Shah Alam memainkan peranan penting sebagai penganjur pelbagai acara utama termasuk sukan. Bayern Munich, Leeds United dan pasukan bola sepak Olimpik Australia pernah bermain di sana pada Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam 1994.

Antara nama besar yang pernah menjejakkan kaki di padang berkenaan ialah pemain legenda Perancis, Jean-Pierre Papin, ketika itu bermain untuk Bayern Munich.

Pemain legenda Selangor, Allahyarham Anuar Abu Bakar ialah pemain tempatan pertama yang menjaringkan gol di stadium tersebut ketika perlawanan pembukaan menentang Dundee United dari Scotland.

Kumpulan rock legenda Amerika Syarikat (AS), Bon Jovi juga pernah membuat persembahan di stadium itu, dalam penampilan sulung mereka di Malaysia pada Mei 1995. - The Vibes, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam - Amirudin

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Jersi Baharu Selangor FC Bertemakan Memori Stadium Shah Alam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penduduk Fail Permohonan Cabar Keputusan Kerajaan Negeri, MB Selangor Roboh Stadium Shah Alam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad