web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni, Shah Firdaus Penamat Podium Di Australia

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:20AM

(Dari kiri) Azizulhasni, Richardson dan Shah Firdaus berdiri di atas podium selepas menerima pingat masing-masing. - Gambar MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek elit negara Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom terus membuktikan kehebatan apabila meraih penamat podium di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia semalam.

Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman meraih pingat perak manakala rakan sepasukan Shah Firdaus menang gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Anna Meares, Brisbane.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 33 tahun itu tewas kepada pelumba Australia Matthew Richardson 2-0 di pentas final.

“Saya memberikan saingan hebat di final untuk meraih pingat emas, namun Richardson lebih baik. Ia adalah pencapaian yang baik dalam persediaan saya ke Olimpik Tokyo. Saya akan berlumba dalam acara keirin esok,” kata Azizulhasni di laman Facebooknya.

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara keirin mengetepikan seorang lagi pelumba Australia Leigh Hoffman dan Thomas Cornish masing-masing di peringkat suku dan separuh akhir.

Sementara itu, Shah Firdaus mengenepikan seorang lagi pelumba tempatan Nathan Hart di suku akhir sebelum tewas kepada Richardson dalam aksi separuh akhir.

Dalam edisi terdahulu yang berlangsung pada Disember, Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima dalam acara pecut namun mengungguli acara keirin selepas Azizulhasni muncul juara manakala rakannya itu meraih gangsa.

Kedua-dua pelumba negara itu meneruskan momentum apabila meraih penamat satu-dua dalam acara pecut Kejohanan Trek Elit Victoria manakala di Kejohanan Victorian State Keirin 2021, Muhammad Shah Firdaus pula menjuarai satu lagi penamat podium bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad