web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjuangan Harimau Muda Di Tashkent Berakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 8:26AM

Malaysia gagal layak ke pusingan seterusnya selepas tumpas 3-0 kepada Thailand. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan terpaksa pulang lebih awal selepas tumpas 3-0 kepada Thailand, pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan, semalam.

Kekalahan kedua berturut-turut dialami anak buah Brad Maloney selepas dibelasah 4-1 oleh juara bertahan, Korea Selatan, Khamis lepas, menutup peluang mereka untuk mengulangi pencapaian terbaik dengan layak ke suku akhir pada edisi 2018.

Malaysia yang bermula dengan baik hampir mengejutkan Thailand, namun sepakan leret ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang gol pada minit ketiga, manakala rembatan Nik Akif Syahiran Nik Mat tepat ke dakapan Nopphon Lakhonphon seminit kemudian.

Bagaimanapun, Harimau Muda yang dilihat gagal meneruskan asakan serta mula ketandusan idea untuk merobek gawang skuad Gajah Perang, dihukum pada minit ke-23 menerusi gol pembukaan oleh penyerang Suphanat Mueanta.

Mueanta, yang bijak melepasi perangkap ofsaid benteng pertahanan negara untuk menyempurnakan hantaran jauh Channarong Promsrikaew, melepaskan sepakan kaki kanan biarpun percubaannya dibias Harith Haiqal sebelum bola menerjah jaring Malaysia.

Bersambung babak kedua, Thailand berjaya meningkatkan tempo permainan mereka manakala Malaysia kian tenggelam walaupun Maloney membawa masuk Mohd Aiman Afif Md Afizul dan pemain kelab Jepun, Azul Claro Numazu, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk cuba  mengubah nasib skuad negara.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-60 menerusi Hadi Fayyadh yang gagal memanfaatkan situasi satu lawan satu selepas sepakan lencongannya diselamatkan Lakhonphon.

Malang menimpa skuad kebangsaan apabila Promsrikaew yang tidak dikawal benteng pertahanan negara mudah menolak masuk hantaran dari sebelah kanan oleh Nicholas Mickelson untuk menggandakan jaringan pasukannya pada minit ke-69.

Gawang negara terus bocor apabila Mueanta tenang meledak gol keduanya selepas menerima lorongan oleh pemain Oxford United, Benjamin Davies selang empat minit kemudian.

Mueanta hampir mencetak jaringan hatrik namun sepakan volinya dinafikan tiang sebelah kiri gol negara pada minit ke-81 dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Dalam pada itu, Vietnam bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan 1-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan C.

Thailand yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan memintas Korea Selatan untuk memimpin Kumpulan C biarpun berkongsi empat mata diikuti Vietnam dengan dua mata dan Malaysia pula di tangga tercorot tanpa sebarang mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad