web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Speedy Tigers’ Berputih Mata, Tewas Kepada Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 8:34AM

Faiz Helmi (kanan) beraksi dalam kejohanan Piala Asia di Jakarta Indonesia. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Skuad hoki lelaki kebangsaan terlepas peluang untuk mencipta sejarah muncul juara Piala Asia buat kali pertama apabila tewas 2-1 kepada Korea Selatan pada aksi final di Stadium di Gelora Bung Karno di sini, malam tadi.

Korea Selatan yang turun dengan status pasukan paling berjaya dengan empat gelaran, terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Malaysia dengan pukulan sudut penalti, tetapi penjaga gawang Muhammad Hafizuddin Othman bertindak baik untuk menyelamatkan percubaan itu.

Namun, kealpaan skuad ‘The Speedy Tigers’ pada awal suku kedua dihukum oleh pasukan bimbingan Shin Seok Kyo menerusi jaringan padang Jung Manjae pada minit ke-17.

Skuad kendalian A Arul Selvaraj bagaimanapun menggandakan asakan dan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Syed Mohd Syafiq Syed Cholan pada minit ke-25.

Walaupun menerima serangan bertali arus daripada Korea Selatan sepanjang suku ketiga, barisan pertahanan Malaysia tetap menjaga gawang dengan baik tanpa dibolosi.

Selepas Malaysia gagal melengkapkan dua pukulan sudut penalti secara berturut-turut pada suku terakhir Korea Selatan berjaya meraih gol kemenangan menerusi Hwang Taeil pada minit ke-52.

‘The Speedy Tigers’ berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan dengan meningkatkan tekanan dan intensiti perlawanan, namun terpaksa berputih mata dengan tempat kedua, walaupun memegang status sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol pada edisi kali ini, selepas meledak 31 jaringan, dua gol lebih banyak berbanding India.

“Korea Selatan secara taktikal berjaya mengekang Malaysia untuk menambah gol dan tidak dapat dinafikan terpaksa akur dengan pasukan lawan yang lebih berpengalaman,” kata Arul Selvaraj selepas perlawanan itu.

Sementara itu, tonggak pertahanan negara Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menjaringkan 13 gol, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Asia kali ini, jauh meninggalkan pencabar terdekat Koji Yamasaki dari Jepun yang mempunyai enam gol.

“Pasukan telah beri yang terbaik namun kita tidak dapat mengambil peluang dengan sebaiknya,” kata Muhammad Razie, yang turut diumumkan sebagai salah seorang duta Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas aksi itu.

Pencapaian terbaik Malaysia sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982 adalah kejayaan muncul naib juara pada edisi terdahulu (2017) di Dhaka, Bangladesh dan tempat ketiga pada 2007 di India.

Sementara itu, juara bertahan India, menamatkan kempen di kedudukan ketiga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Sukan Asia 2018, Jepun.

Skuad negara bagaimanapun sudah mengesahkan tiket beraksi di Piala Dunia di India tahun depan selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok pasukan terbaik Piala Asia 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Peruntukan Harimau Malaya Ke Piala Asia Hanya RM7 Juta - Hannah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam