web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak Negara Syed Ahmad Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 6:21PM

Syed Ahmad menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Pemergian legenda bola sepak negara era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menghembuskan nafas terakhir tengah hari ini akibat serangan jantung menjadi berita duka buat arena sukan negara.

Anak kepada penyerang berbisa negara itu, Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 40, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar di sini selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

“Allahyarham berusia 76 tahun dimasukkan ke wad hospital berkenaan dua hari lepas dan kesihatannya sudah merosot sejak sebulan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Syed Abu Bakar berkata jenazah bapanya dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau hari ini.

Syed Ahmad meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali, 75, bersama lima anak.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak (FAM) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersama ahli jawatankuasa eksekutif FAM pernah menyantuni Syed Ahmad di kediamannya di Perlis pada Februari lepas.

Syed Ahmad dilahirkan di Pontian, Johor, pada 20 April 1946 dikenang sebagai wira yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 tetapi tidak tersenarai ke temasya berkenaan.

Menjaringkan lima gol ketika membantu anak buah Dave McLaren dan Jalil Che Din menewaskan Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Taiwan pada kelayakan di Seoul pada 1971, Syed Ahmad malangnya digugurkan daripada skuad ke Munich.

Memulakan kerjayanya dalam dunia bola sepak dengan mewakili Johor dalam pertandingan Combined School di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat Piala Burnley pada 1961, Syed Ahmad menyarung jersi negara dari 1966 hingga 1974 dengan membantu skuad kebangsaan menjulang gelaran Pestabola Merdeka 1966, 1968 dan 1974.

Sekalipun memulakan kerjaya bersama negeri kelahirannya, Syed Ahmad mencipta nama dan meninggalkan legasi bersama tiga pasukan utara iaitu Pulau Pinang (1965-1972), Perak (1972-1980) dan Kedah (1980-1981).

Kejayaan Syed Ahmad dalam pra-kelayakan Olimpik 1971 membawa seribu kenangan apabila pada minit ke-54 hasil hantaran tepat Looi Loon Teik mengaibkan Korea Selatan, dua hari selepas meledak hatrik membenam pemenang pingat gangsa Olimpik 1968, Jepun 3-0.

Seterusnya, di Sukan Asia Tehran 1974, gabungan Syed Ahmad, Mokhtar Dahari dan Isa Bakar membentuk jentera penggempur Malaysia berbisa dengan mengumpul 20 gol sehingga mengutip gangsa menewaskan Korea Utara 2-1.

Tersepit antara dua era - zaman Abdul Ghani Minhat selaku Raja Bola lewat 50-an hingga 60-an dan zaman Mokhtar Dahari bergelar Supermokh pada 70-an, beliau berbangga dengan catatan gol dalam final Piala Malaysia pada 1968 dan 1969 bersama Pulau Pinang dan Perak pada 1974 tanpa mengecap kejayaan menjulang piala itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam