web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Korbankan Cuti Tahun Baharu Cina Demi All England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 8:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lee Zii Jia hari ini mendedahkan beliau tidak menyambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini untuk membuat persiapan All England, selepas kembali daripada kejohanan di Thailand dengan tangan kosong.

Zii Jia yang baharu dimahkotakan sebagai Juara All England berkata untuk mengekalkan tumpuan sepenuhnya kepada latihan, beliau memberitahu keluarganya di Kedah yang dia tidak mendapat kebenaran untuk pulang menyambut Tahun Baharu Cina pada Februari. 

“Sebenarnya, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) membenarkan semua pemain untuk menyambut Tahun Baharu Cina tetapi saya membuat keputusan untuk tinggal dan menumpukan kepada latihan. Hanya saya yang tinggal di kem dan berlatih berseorangan sepanjang waktu itu,” katanya menerusi satu sidang media maya di sini.  

Kesungguhan Zii Jia membuahkan hasil selepas beliau merangkul juara perseorangan lelaki All England dengan kemenangan sensasi 30-29, 20-22, 21-9 ke atas juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark di Birmingham, Ahad lepas.

Zii Jia berkata beliau dan jurulatihnya Hendrawan sungguh kecewa selepas dia kecundang dalam tiga kejohanan berturut-turut di Thailand.

Zii Jia tewas kepada pilihan kedua Chou Tien Chen dari  Taiwan dalam suku akhir Terbuka Thailand Yonex  sebelum tumpas kepada pemain India Sameer Verman dalam pusingan pertama Terbuka Thailand Toyota.

Beliau kemudian tewas kesemua tiga perlawanan  dalam Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Saya sungguh gembira selepas perlawanan (final All England) dan terus menghubungi Hendrawan untuk berkongsi saat manis itu dengannya.  Saya lihat beliau mengalirkan air mata gembira dengan kemenangan saya ke atas Axelsen … beliau amat bangga dengan saya,” katanya.

Anak Kedah yang kini di ranking kelapan dunia berkata keyakinan beliau bertambah selepas melangkah ke separuh akhir Terbuka Switzerland, sebelum bertanding dalam All England.

“Saya tidak jangka menang All England, saya berharap saya akan mengekalkan keyakinan, terus berlatih dengan gigih dan melakukan persiapan untuk Terbuka Malaysia nanti,” katanya.  

Zii Jia  berkata beliau tidak mahu dibandingkan dengan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, kerana setiap orang mempunyai perjalanan kerjaya sendiri.

“Adalah mustahil untuk mengulangi kejayaan Chong Wei.  Saya mempunyai kisah sendiri dan perjalanan yang perlu diteruskan. Saya mahu kekal fokus dan bertarung sepanjang kerjaya saya,” katanya.

Zii Jia bertekad untuk memberikan aksi terbaik di Sukan Olimpik Tokyo Julai nanti dan tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi dengan meletakkan pingat emas sebagai sasaran. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad