Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Malaysia Tamatkan Cabaran Di Tempat Ke-6

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 9:22AM

Pemain-pemain badminton negara (dari kiri) Chen Tang Jie, Peck Yen Wei, Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron berjaya membawa pulang pingat emas dan perak buat kontinjen negara dalam acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31 semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini malam tadi, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai hari ini.

Dua pingat emas itu diraih dalam acara beregu campuran badminton dan Muay Thai, menyaksikan kem negara menamatkan cabaran di Hanoi dengan pungutan keseluruhan 39 emas, 45 perak dan 89 gangsa, dengan kesemua acara tamat semalam bagi memberi laluan kepada upacara penutup temasya, pada Isnin.

Pungutan pingat tersebut mengatasi sasaran 36 emas ditetapkan, meletakkan Malaysia di kedudukan keenam di belakang tuan rumah, Vietnam yang meraih 204 emas, 121 perak dan 115 gangsa untuk muncul juara keseluruhan.

Thailand berada di tempat kedua dengan 90 emas, 102 perak dan 134 gangsa, diikuti Indonesia 68-90-80, Filipina 50-69-101 dan Singapura di kedudukan kelima 47-46-73.

Pada saingan semalam, pasangan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menyumbangkan pingat emas ke-38 negara dan berjaya menamatkan penantian selama 23 tahun Malaysia dalam memburu pingat emas beregu campuran Sukan SEA, selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang meraih perak.

Jaguh Muay Thai muda negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib turut cemerlang dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, apabila menghadiahkan pingat emas ke-39 buat negara dalam kategori elit bawah 54 kilogram (kg) lelaki.

Nur Amisha Azrilrizal - Gambar Bernama
Nur Amisha Azrilrizal - Gambar Bernama

Skuad Muay Thai kebangsaan juga tidak mengecewakan apabila atlet Muay Thai wanita negara Nur Amisha Azrilrizal, meraih perak setelah terpaksa akur di tangan peserta Thailand Srila Oo Wansawang pada final kategori wanita elit bawah 51kg.

Skuad berbasikal negara terus mempamerkan pencapaian membanggakan, apabila pasukan wanita menamatkan cabaran di Hanoi dengan dua pingat perak dalam acara lebuh raya.

Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih perak selepas terpaksa akur dengan kehebatan juara Asia dua kali dari Vietnam Nguyen Thi That, bagi acara lebuh raya individu wanita, selain membantu pasukan negara meraih perak dalam kategori berpasukan kategori berkenaan.

Pelumba lain dalam skuad kebangsaan ialah Siti Nur Adibah Akma, Nor Aisyah Munirah Chek Ramli, Ju Pha Somnet dan Yeong Zhen Yi.

Harapan Lim Kok Leong untuk melakar sejarah tersendiri merangkul emas kedua peribadinya di Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian, selepas tewas di final acara snuker perseorangan lelaki.

Atlet negara berusia 27 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas 2-4 kepada legenda Thailand James Wattana.

Sementara itu, skuad bawah 23 tahun kebangsaan pulang dengan tangan kosong selepas tewas 3-4 kepada Indonesia, dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan merebut pingat gangsa, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit permainan.

Tuan rumah, Vietnam meraih emas selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi final, malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar