web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kuasai 2 Tempat Teratas Gimrama All-Around Individu

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 5:52PM

Sie Yan mengungguli final acara all-around individu wanita. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Gerakan memukau ditampilkan dua gimnas berirama negara berjaya memastikan Malaysia menguasai dua tempat teratas dalam acara all-around individu wanita final pada Sukan SEA ke-31 di sini, hari ini.

Gimnas berpengalaman Koi Sie Yan, mengungguli acara tersebut sekali gus meraih pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 109.100 mata daripada empat aparatus, manakala Ng Joe Ee meraih perak dengan kutipan 104.900 mata.

Pingat gangsa acara berkenaan menjadi milik peserta Filipina Labadan Breanna yang mengumpul 96.650 mata.

Kejayaan Sie Yan, yang membuat penampilan keempat pada Sukan SEA sejak 2015, sekali gus berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi 2019 di Filipina.

Untuk rekod, sepanjang beraksi pada Sukan SEA, Sie Yan telah meraih enam pingat emas individu ketika memulakan debut di Sukan SEA Singapura (2015) sebelum menambah pingat emas di Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019).

Pada aksi hari ini, Sie Yan meraih 25.250 mata menerusi aparatus gelung, bola (29.850), riben (26.600) dan belantan (27.400), manakala Joe mengumpul 26.450 mata dalam geluang, bola (25.450), riben (26.600) dan belantan (26.400).

Joe Ee membawa pulang pingat perak daripada final acara all-around individu wanita. - Gambar Bernama
Joe Ee membawa pulang pingat perak daripada final acara all-around individu wanita. - Gambar Bernama

Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara gimrama apabila pada Sukan SEA Manila, Filipina, kem negara membawa pulang empat pingat emas iaitu menerusi acara all-around berkumpulan, dan dua emas berjaya diraih Izzah Amzan, manakala Sie Yan memenangi emas acara apparatus riben.

Pada temasya kali ini, Vietnam hanya menyenaraikan dua kategori bagi sukan gimrama iaitu all-around individu dan berkumpulan.

Ketika ditemui pemberita, Sie Yan berkata kejayaan itu membakar semangatnya untuk mencatat keputusan positif pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, Julai depan.

Gimnas berusia 23 tahun itu berkata beliau bersyukur dapat mempertahankan pingat emas pada temasya kali ini, dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada kedua ibu bapanya serta jurulatih, Lidia Legotina yang sentiasa memberikan sokongan dalam kerjayanya selama ini.

“Saya tidak berasa tertekan beraksi di final berbanding ketika di pusingan kelayakan.

“Saya hanya mahu membuat yang terbaik dan saya gembira dapat mempertahankan pingat emas,” katanya.

Acara all-around berkumpulan akan berlangsung petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar