web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johnathan Rampas Kembali Emas Di Hanoi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 3:22PM

Johnathan meraikan kejayaan beliau merangkul pingat emas dalam acara menembak 10 meter Air Pistol Lelaki sempena temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Selepas gagal di Filipina pada 2019, Johnathan Wong kembali merampas pingat emas acara 10 meter (m) air pistol lelaki temasya sukan dwitahunan itu, selepas mengungguli saingan akhir yang berlangsung di Pusat Latihan Sukan Hanoi di sini, hari ini.

Turun dalam keadaan tenang dan fokus, Johnathan yang memenangi emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur berjaya mengatasi tekanan sorakan gemuruh tuan rumah, apabila kekal dalam ‘dunianya’ sendiri untuk mengumpul 238.6 mata keseluruhan.

Kehebatan bidikannya itu terutama di awal saingan, gagal ditandingi atlet Vietnam Cuong Tran Quoc apabila sekadar mengumpul 236.6 mata, untuk berpuas hati dengan perak, sementara gangsa menjadi milik Muhammad Iqbal Raia Prabowo dari Indonesia dengan 214.2 mata.

Kejayaan itu sekali gus mengubati kekecewaannya, selepas tidak berjaya meraih pingat pada edisi 2019 yang menyaksikan beliau menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Pingat emas diraih Johnathan merupakan emas sulung kem menembak negara di Hanoi, sekali gus memastikan pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Cakap pasal prestasi hari ini, sebenarnya bila saya dapat mendahului dari awal dengan jarak yang jauh itu, bagi semangat dekat saya dan pada masa sama beri tekanan pada lawan sebab mereka nak kejar.

“Jadi itu adalah memberikan satu kelebihan kepada saya dan saya bersyukur dapat melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita di sini.

Johnathan berkata pada awalnya, beliau berasa gugup menjelang saingan itu susulan prestasi tidak memberangsangkan dalam acara 50m pistol lelaki Selasa lalu.

Menurut beliau, tahap gementarnya sudah melepasi ‘siling’ (terlalu hebat).

“Memang daripada mula saya agak was-was dan takut, tapi saya cuma ingat apa jurulatih kata buat saja kerja, lantak apa jadi sebab matlamatnya adalah buat yang terbaik. Apabila sampai di penghujung saingan saya mula rasa seronok,” katanya.

Terdahulu, dua lagi wakil negara Abdul Hadi Abdul Malek dan Wan Muhammad Syafiq Wan Mustaza masing-masing gagal mara ke akhir, selepas terkandas di pusingan kelayakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad