web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Skuad Berbasikal MTB Cipta Sejarah Raih Emas Pertama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 1:50PM

Ahmad Syazrin, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira dan Natahsya Soon cipta sejarah buat Malaysia dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran. - Gambar dari Facebook Bernama TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta pencapaian bersejarah apabila merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di wilayah Hoa Binh, Vietnam, hari ini.

Ia merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu adalah pingat perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.

Pada saingan final hari ini, skuad kebangsaan dibarisi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon merekodkan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk muncul juara sekali gus menghadiahkan Malaysia emas ke-20 pada temasya sukan dwitahunan itu.

Pasukan tuan rumah yang diwakili Van Linh Dinh, Thi Nhu Quynh Dinh, Van Nhat Bui dan Thi Thom Ca terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa 1’23.48s.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Phunsiri Sirimongkhon, Warinthorn Phetpraphan, Supuksorn Nuntana dan Keerati Sukprasart dari Thailand dengan masa 1’24.54s.

Pengurus pasukan, Firdaus Arshad menyifatkan kejayaan itu sesuatu yang menakjubkan apabila skuad kebangsaan yang dilabel sebagai pasukan ‘underdog’ berjaya mencipta kejutan.

Katanya pencapaian hari ini dipengaruhi semangat kem negara yang sedang membara rentetan kejayaan membanggakan Nur Assyira dan Natahsya selepas masing-masing menghadiahkan pingat perak dan gangsa dalam acara Merentas Desa di venue sama, semalam.

“Bagi saya ini satu kejayaan yang luar biasa, tetapi suntikan semangat itu daripada acara semalam apabila kami datang dengan penetapan minda merendah diri tetapi yakin untuk mencipta kejutan raih pingat dalam acara individu mahupun berpasukan.

“Kami sebenarnya sasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat pada Sukan SEA kali ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kejayaan meraih masing-masing satu perak dan gangsa semalam menamatkan kemarau 11 tahun kem berbasikal MTB negara pada temasya Sukan SEA.

Pada edisi 2011 di Indonesia, atlet wanita Masziyaton Mohd Radzi menghadiahkan perak menerusi acara Merentas Desa sekali gus memperbaiki pencapaiannya pada edisi 2009 di Laos apabila membawa pulang gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad