web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Malaysia Benam England 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 4:37PM

Zii Jia memberi permulaan yang baik untuk Malaysia. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Skuad badminton lelaki Malaysia memulakan kempen pusingan akhir Piala Thomas 2022 dengan penuh bergaya setelah membenam England 5-0 dalam saingan peringkat pembukaan Kumpulan D di Impact Arena, di sini, hari ini.

Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya mendahului dengan selesa 8-0 pada peringkat awal permainan pembukaan sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-10, dan set seterusnya 21-15, sekali gus meletakkan pasukan negara 1-0 mendahului lawan.

Pemenang pingat gangsa dalam acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengukuhkan kedudukan Malaysia apabila berjaya mengatasi cabaran sengit Ben Lane-Sean Vendy pada set kedua.

Bagaimanapun, beregu nombor satu negara itu terpaksa berhempas pulas setelah tewas 19-21 dalam set pertama, sebelum berjaya bangkit dan menundukkan pasangan Inggeris itu dalam dua set berikutnya, 21-15, 21-16.

Bukan itu sahaja, perlawanan yang tertangguh lebih lima minit pada set kedua akibat masalah pencahayaan tidak menjejaskan momentum Aaron-Wooi Yik untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa menentang England.

“Saya rasa satu daripada pintu di dalam arena telah terbuka dan ia menyebabkan kami berasa sedikit silau di gelanggang, saya tidak tahu kenapa penganjur mengambil masa yang lama untuk menutupnya tetapi akhirnya mereka berjaya menutupnya sedikit,” Aaron memberitahu pemberita ketika ditemui selepas perlawanan di zon campuran di sini.

Aaron yang juga ketua pasukan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan persembahan mereka terutama apabila tewas pada set pertama tetapi gembira mereka kembali yakin pada dua set berikutnya.

Bintang yang semakin meningkat, Ng Tze Yong kemudiannya mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas dia terpaksa bergelut selama 65 minit menentang Johnnie Torjussen, namun berjaya memperoleh kemenangan dengan 21-16, 19-21, 21-11.

Tze Yong, yang menduduki ranking ke-46 terbaik dunia, kecewa setelah terpaksa tunduk pada Torjussen dalam set kedua, namun akhirnya berjaya menyumbang mata ketiga untuk skuad negara.

Juara Terbuka Jerman 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan momentum kemenangan pasukan negara apabila menewaskan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9 untuk menjadikan kedudukan Malaysia 4 England 0.

Perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao menghadiahkan kemenangan bermakna buat Malaysia setelah hanya memerlukan 40 minit untuk menewaskan Cholan Kayan dengan 21-11, 21-18.

Malaysia pasti inginkan kemenangan seterusnya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) dalam perlawanan kedua untuk mengesahkan tempat ke suku akhir selepas pasukan AS itu mengalami kekalahan teruk 0-5 kepada pasukan pilihan, Jepun dalam aksi Kumpulan D yang lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad