web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beregu Campuran Negara, Peng Soon - Liu Ying Ke Separuh Akhir All England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 11:04AM

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bermandi peluh untuk melangkah ke separuh akhir All England. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2021 selepas menyingkirkan gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu terpaksa bermandi peluh selepas tewas pada set pertama 17-21 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.

Gandingan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan itu bangkit pada set kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan 22-20, bagi menempah pertemuan dengan pasangan Jepun Yuki-Kaneko-Misaki Matsutomo.

Pasangan Jepun mara ke separuh akhir selepas mengenepikan lawan dari Denmark Niclas Nohr-Amalie Magelund  21-15, 21-10.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-9.

Terdahulu, perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia yang mempamerkan aksi meyakinkan telah mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun selepas tewas dalam enam pertemuan sebelum ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung 55 minit itu, Zii Jia berjaya menundukkan pemain Jepun itu 21-16, 21-19 untuk berdepan Mark Caljouw dari Belanda pada saingan separuh akhir.

Perjuangan juara Terbuka Switzerland Pearly Tan-M.Thinaah bagaimanapun berakhir apabila tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun  Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 12-21, 22-20, 16-21. 

Namun, pujian harus diberikan buat gandingan meningkat naik negara kerana memberikan saingan sengit sebelum tunduk kepada pasangan yang berada di ranking ke-12 dunia itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar