web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Cub Prix Harap Penonton Kembali Seawal Pusingan Ke-2

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 8:28AM

Pasukan Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing sedang mempersiapkan jentera motosikal pada Pelancaran Rasmi Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 berharap agar penonton dapat dibenarkan hadir ke litar bagi menyaksikan perlumbaan secara langsung seawal pusingan kedua pada awal April ini.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata kehadiran penonton sangat penting dalam memeriahkan perlumbaan, sekali gus dapat memberi motivasi kepada pelumba menampilkan aksi hebat mereka di litar.

“Walaupun tidak mengenakan sebarang caj bayaran masuk, kami sangat mengharapkan penonton hadir kerana keadaan sangat berbeza tanpa mereka.

“Kehadiran penonton juga penting bagi aspek komersial. Tahun lepas terdapat beberapa penaja menarik diri kerana ketiadaan penonton,” katanya pada sidang media selepas pelancaran musim baharu kejuaraan berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Musim baharu kejuaraan itu dilancarkan Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Pusingan pertama perlumbaan akan berlangsung hari ini dan Ahad di Sepang Selatan, diikuti pusingan kedua di Sepang Utara (3-4 April).

Sebanyak 10 pusingan dijangka diadakan pada musim 2021 dengan pusingan terakhir akan berlangsung di Sepang Utara bermula 18-19 Dis depan.

Sementara itu, nada sama turut disuarakan Mokhzani dan yakin bahawa penganjur akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan kehadiran penonton ke litar berjalan lancar dan selamat dilaksanakan.

Semalam, mesyuarat teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga Malaysia berkuat kuasa 1 April.

Antara syarat ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton dengan kedua-duanya melibatkan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

Dalam pada itu, juara CP150 musim 2020, Mohd Helmi Azman enggan memandang mudah cabaran pada musim baharu dan mengharapkan agar strategi diatur pasukannya sekali lagi mampu membuahkan hasil.

“Ketika ini saya tiada sebarang kecederaan dan berlatih dengan berhati-hati selain bersiap sedia untuk perlumbaan nanti,” kata pelumba SCK Honda Racing itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad