web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Gagal Ke Separuh Akhir All England

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 8:05AM

Pasangan Pearly Tan dan M. Thinaah gagal melangkah ke separuh akhir All England 2021 selepas tewas kepada Nami Matsuyama dan Chiharu Shida. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah yang dinobatkan sebagai Juara Terbuka Switzerland baru-baru ini untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan All England 2021, musnah apabila mereka tewas kepada pasangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dalam saingan suku akhir.

Pearly-Thinaah menampilkan persembahan yang baik pada awalnya, sebelum tewas kepada pasangan Jepun itu dengan 21-12, 20-22, 21-16, dalam masa sejam, di Utilita Arena di Birmingham.

Selepas permulaan yang goyah di set pertama, Pearly-Thinaah enggan menyerah kalah di set kedua apabila mereka bangkit kembali untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Namun di set ketiga, pasangan muda negara yang diletakkan sebagai pasangan bukan pilihan, gagal mengembalikan kehebatan mereka, dan tewas pada pasangan pilihan kelima kejohanan.

Pasangan Nami-Chiharu akan berhadapan dengan rakan senegara, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara hari ini untuk melangkah ke pentas final, Ahad ini

Terdahulu pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun untuk mara ke perlawanan peringkat separuh akhir kejohanan badminton tertua dunia itu.

Zii Jia menewaskan pilihan pertama Momota dengan 21-16, 21-19 dalam masa 55 minit, dan seterusnya beliau akan berhadapan dengan Mark Caljouw dari Belanda, hari ini.

Cabaran Malaysia yang tinggal kini bergantung pada dua pasangan beregu campuran yang melibatkan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, dandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang akan berentap dengan pasangan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga kini mengintai peluang untuk ke peringkat separuh akhir, dan mereka dijadual bertemu dengan pasangan Jepun Yuta Watanebe-Arisa Higashino di suku akhir. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad