web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


City Mengancam Untuk Mendominasi Liga Perdana Inggeris

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 1:11PM

(Dari kiri) Foden, Mahrez, dan Sterling telah memikul tanggungjawab untuk menjaringkan gol buat City musim ini. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Perlumbaan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini telah disebut sebagai yang paling kompetitif tetapi Manchester City dalam diam-diam mengancam untuk meninggalkan pasukan yang lain.

Pasukan Pep Guardiola akan menjadi tuan rumah bagi pasukan Sheffield United esok dan pastinya mahu mengelak daripada dimalukan oleh pasukan bawahan itu seperti jiran mereka Manchester United.

Manakala pencabar terdekat City, United akan bertandang ke Arsenal dan Liverpool akan ke London untuk berdepan dengan West Ham.

AFP membincangkan beberapa perkara utama menjelang aksi hujung minggu ini.

United mengharapkan tuah tempat lawan

Pasukan Red Devils berharap untuk bertandang ke Stadium Emirates sebagai peneraju liga, tapi harapan itu dimusnahkan oleh Sheffield United di laman sendiri.

Kekalahan 2-1 itu pada Rabu lepas adalah kekalahan keempat United di tempat sendiri musim ini.

Tapi nasib United di tempat lawan lebih baik dengan lapan kemenangan daripada 10 permainan dan tidak pernah kalah untuk tempoh setahun di liga.

Ole Gunnar Solskjaer akan berharap kekalahan di Old Trafford adalah satu anomali tetapi Arsenal bukan lawan yang mudah untuk menemui semula rentak mereka.

Tidak penyerang, tiada masalah untuk City

City dicanang sebagai pasukan utama untuk menjadi juara buat kali ketiga dalam empat tahun, walaupun Sergio Aguero tidak menjaringkan satu gol pun dan Gabriel Jesus hanya ada dua.

Aguero, penjaring terbanyak dalam sejarah City, tidak dapat bermain kerana kecederaan dan Jesus telah memainkan peranan yang kecil sahaja musim ini.

Dalam ketiadaan mereka, Ilkay Gundogan, Raheem Sterling, Phil Foden dan Riyad Mahrez telah menjaringkan kebanyakan gol City disokong oleh pertahanan yang kukuh.

City telah memenangi tujuh permainan liga mereka yang lepas dengan menjaringkan 18 gol dan hanya bolos sekali sahaja.

Kerja rumah untuk Thomas Tuchel

Pengurus baru Chelsea Tuchel mengaku beliau belum sempat untuk menilai skuadnya selepas seri 0-0 dengan Wolves minggu ini.

Pemain-pemain tengah Mason Mount, ahli skuad Chelsea paling cemerlang musim ini, dan Christian Pulisic hanya diletakkan di bangku simpanan.

Chelsea mendominasi bola tapi kelihatan seperti kurang idea sebelum Mount dan Pulisic dimasukkan lewat perlawanan.

Mount mempamerkan prestasi cemerlang dan boleh berasa kecewa kalau dipinggirkan bila Chelsea berdepan dengan Burnley. – AFP, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad