web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Stadium Bakal Sambut Kehadiran Penonton

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 8:06AM

Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri - Gambar dari Facebook Stadium Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi dua venue terawal yang bakal menerima semula kehadiran penonton apabila kebenaran penonton ke stadium mula berkuat kuasa 1 April ini.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua perlawanan Liga Super membabitkan aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah (3 April) dipilih sebagai projek perintis menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan keputusan itu amat penting dalam usaha memastikan saingan Liga-M dapat kembali diserikan dengan kehadiran penonton.

"Kedua-dua perlawanan simulasi ini cukup penting bagi mendapatkan kelulusan membenarkan kelab membuka kehadiran penonton ke stadium melalui proses penilaian MFL di mana venue tersebut layak jika kriteria-kriteria itu lengkap berdasarkan syarat ditetapkan," katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga-M berkuat kuasa 1 April.

Antara syarat ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton dengan kedua-duanya melibatkan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

“MFL merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan penonton kembali ke stadium pada bulan ini. Ia adalah satu petanda positif kepada semua penyokong terutama industri bola sepak sendiri di mana hanya kejohanan bola sepak sahaja dibenarkan penonton ke stadium,” kata Ab Ghani.

Jelas beliau perkembangan itu bakal menjadi suntikan semangat kepada pasukan bertanding selepas senario bola sepak negara sudah setahun sunyi tanpa sorakan penyokong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penangguhan Liga-M sejak Mac tahun lepas.

Katanya MFL tetap akan memastikan gelembung sukan kekal terpelihara serta terus mengekalkan amalan pematuhan operasi prosedur standard (SOP) di sebalik kebenaran tersebut.

“Nasihat saya kepada penyokong, sama-sama kita mengekalkan pematuhan SOP dalam misi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan ingatlah bahawa jangan kita sesekali tidak memanfaatkan peluang ini selepas pihak kerajaan membenarkan penonton ke stadium,” tambah beliau.

Ab Ghani menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan kepada sukan bola sepak tempatan sepanjang kempen Liga-M musim 2020 dan 2021. -  Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar