Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Ratu Pecut, Kerabat Selangor Seru Perpaduan Menentang Salah Laku Seksual

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 6:19PM

Marina (kiri), Tengku Zatashah (tengah) dan Sarina bercakap pada Dialog Sukan Selamat yang dianjurkan oleh Kelab Gimnastik Berirama Sarina. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Ketahui hak anda dan jangan takut mempertahankannya,” tegas bekas ratu trek negara, Datuk Marina Chin kepada semua atlet yang pernah mengalami penderaan dan gangguan seksual. 

Beliau turut menggalakkan mangsa serta saksi untuk tidak teragak-agak bersuara dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bercakap di Dialog Sukan Selamat yang dianjurkan oleh Kelab Gimnastik Berirama Sarina (SRGC) kelmarin, Marina berkata, setiap atlet harus memahami dengan jelas tentang apa yang boleh mereka lakukan dan kepada siapa perkara tersebut boleh diadu jika berdepan situasi seumpama itu.

Kesedaran berhubung ‘sukan selamat’, kata bekas pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalan (SSBJ) itu, perlu bermula dengan atlet muda.

Beliau menjelaskan, dengan berbuat sedemikian ibu bapa perlu memberi perhatian kepada perilaku anak-anak dan mendidik mereka untuk mengenal pasti bentuk isyarat lisan serta fizikal yang tidak sesuai daripada rakan sepasukan atau jurulatih. 

“Bila saya di SSBJ, saya adakan program kanak-kanak untuk menerangkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Saya juga menggunakan platform itu untuk berbincang tentang penderaan dan gangguan seksual. 

“Sebagai ibu bapa, kita perlu mendengar rintihan anak-anak. Bila kanak-kanak mengadu kepada ibu bapa tentang sesuatu yang membuatkan mereka tidak selesa, ramai yang menganggapnya sebagai jenaka. 

“Sangat penting untuk golongan dewasa menjelaskan kepada kanak-kanak tentang pelbagai jenis penderaan dan gangguan, serta mendidik mereka tentang isu-isu ini.

“Pernah atlet datang kepada saya mengadu mereka telah menjadi mangsa. Jadi, saya bangkitkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk tindakan seterusnya,” katanya. 

Pada 2017, Marina mengetuai pasukan petugas untuk mengkaji isu berkaitan gangguan seksual dan psikologi atlet yang terlibat dalam sukan berprestasi tinggi. 

Penahanan seorang jurulatih sukan terjun berusia 35 tahun pada 2 Oktober, yang dituduh merogol seorang penerjun negara pada 26 September, membawa kepada penubuhan pasukan petugas itu.

Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang turut menyertai perbincangan panel berkata, penderaan dan gangguan seksual tidak sepatutnya menjadi subjek tabu dan “tidak perlu malu untuk berbincang mengenainya”.

Lebih penting lagi, katanya, ialah untuk berasa selamat dan boleh bersuara apabila sesuatu perkara tidak betul berlaku. 

“Sukan Selamat adalah tentang perlindungan dan pencegahan. Ia juga tentang kejujuran, integriti dan ketelusan.

“Realitinya adalah ada pemangsa di luar sana dan kita perlu membawa mereka keluar supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sepatutnya,” katanya. 

Tengku Zatashah, yang juga seorang penyokong kuat pemerkasaan wanita dan menerajui kempen #SayNo2Plastic, mendambakan masyarakat sekeliling dapat mengadakan dialog terbuka tentang subjek ini supaya mangsa tidak takut untuk tampil ke hadapan. 

“Kita perlu untuk menukar cara pemikiran. Atlet perlu bersatu supaya suara mereka boleh didengari. 

“Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada perempuan tetapi juga lelaki dan mereka lebih takut untuk tampil ke depan kerana masyarakat menganggap ia sebagai tabu.  

“Jadi kami perlu mendidik masyarakat untuk berbincang dengan terbuka tentangnya, bukan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa,” katanya. 

Bekas gimnas negara, Sarina Sundara Rajah apabila ditemui di sesi dialog itu berkata, masih ramai atlet yang tidak sedar akan hak mereka untuk bersuara. 

Mereka juga dipercayai takut untuk bersuara kerana bimbang digugurkan daripada pasukan, diejek oleh komuniti sukan, atau menyedari bahawa tiada tindakan serius akan diambil terhadap pelaku.

“Kita memerlukan undang-undang yang boleh melindungi atlet, termasuk yang muda, serta kelab dan persatuan sukan.

“Kita harus mewajibkan pelaporan (kes penderaan dan gangguan seksual).

“Walaupun kita mempunyai jawatankuasa khas yang mengendalikan kes-kes ini, ahli jawatankuasa itu harus bebas dan tidak boleh melibatkan individu yang memegang jawatan dalam persatuan sukan lain,” kata pengasas SRGC itu.

Bekas pemenang pingat emas Komanwel itu turut aktif mengetuai kempen sukan selamat supaya Akta Sukan Selamat diterima pakai di negara ini.

Pernah menjadi mangsa gangguan, Sarina berpendapat bahawa atlet harus mempunyai persekitaran yang selamat untuk berlatih supaya mereka boleh fokus untuk bersaing dalam kejohanan dengan kesihatan fizikal dan mental yang kuat. - The Vibes, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hati-Hati, Makin Ramai Manusia 'Sakit' Sekarang!

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 7 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM