web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Kendalian Pan Gon Akur 2-1 Kepada Singapura

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 8:41AM

Liridon (tengah) berjaya menjaringkan satu gol dalam kekalahan kepada Singapura malam tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional, Singapura malam tadi.

Penyerang muda berusia 22 tahun Ikhsan Fandi, yang juga anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, menjadi watak utama pada aksi Derbi Seberang Tambak itu, apabila menjaringkan dua gol bagi skuad Singa di bawah kendalian jurulatih sementara Nazri Nasir.

Pengendali baharu skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon, yang memulakan kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Filipina pada Rabu lalu, perlu melakukan banyak lagi kerja, walaupun secara amnya skuad negara menunjukkan peningkatan, berbanding Piala AFF 2020 pada Disember lalu.

Pada aksi hari ini, Pan Gon hanya melakukan dua pertukaran dalam kesebelasan utama, dengan membawa masuk kapten Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Safawi Rasid, menggantikan Ahmad Khuzaimi Piee di pertahanan tengah dan Arif Aiman Hanapi di serangan.

Skuad negara yang bermula garang, hampir membuka jaringan seawal 38 saat, namun percubaan Safiq Rahim tersasar sedikit di sebelah kiri gawang Singapura.

Safiq sekali lagi mendapat peluang untuk membuka jaringan, selepas menerima hantaran daripada Safawi pada minit ke-20, namun percubaan itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Hassan Sunny.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya memecahkan kawalan anak buah Pan Gon dengan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-30, apabila Ikhsan menolak masuk hantaran silang pendek daripada pemain kelahiran Korea Selatan, Song Ui-young.

Peluang skuad Harimau Malaya untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Safawi pada minit ke-43, turut berjaya dipatahkan oleh Hassan yang menampan keluar bola tersebut.

Bersambung babak kedua, Malaysia mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan, selepas pengadil perlawanan Ahmad A’Qashah menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia, apabila Muhammad Safuwan Baharudin mengasari Safawi di dalam kotak penalti.

Namun, sepakan kaki kiri Safawi pada minit ke-47, terkena palang sebelum melambung keluar.

Anak-anak buah Pan Gon akhirnya berjaya menewaskan Hassan, apabila pemain naturalisasi Liridon Krasniqi meledak jaringan pertamanya untuk skuad Harimau Malaya, dengan melengkapkan hantaran Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-57.

Kelalaian benteng negara terus dihukum Ikhsan, yang bijak mengawal bola untuk mengelecek tiga pemain negara, sebelum melepaskan rembatan ke dalam gawang gol pada minit ke-76.

Malaysia terus melakukan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, namun terpaksa akur dengan keputusan 2-1 itu.

Skuad Harimau Malaya, seterusnya akan beraksi menentang kelab tempatan Albirex Niigata FC dalam aksi tertutup pada Isnin ini (28 Mac). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad