web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Membawa Pulang 1 Mata Dari Laman JDT

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 8:28AM

Ifedayo Olusegun meraikan jaringannya yang membantu Selangor membawa pulang satu mata. - Gambar dari Twitter Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC berjaya merentap ego juara Liga Super tujuh tahun berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas mengikat gergasi bola sepak dari selatan tanah air itu dengan  keputusan seri 1-1, pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri semalam.

Pasukan The Red Giants membuat kejutan dengan membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh permainan, menerusi gol sepakan lencong di sebelah kiri penyerang import Ifedayo Olusegun yang menyempurnakan lorongan bola ke dalam kotak penalti dari tengah padang oleh pemain import baharu dari Switzerland, Oliver Buff.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang import baharu dari Brazil Bergson Da Silva, selepas melepaskan rembatan padu hasil hantaran pendek dari sebelah kiri oleh Gonzalo Gabriel Cabrera pada minit ke-11.

JDT sepatutnya berada di depan pada minit ke-40 namun Cabrera gagal memanfaatkan penalti, selepas sepakannya hanya melewati palang gol susulan bentesan Mohamad Ashmawi Md Yakin menyebabkan pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi, terjatuh di dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan berpeluang untuk menambah jaringan menerusi satu lagi sepakan penalti, namun cubaan Da Silva berjaya diselamatkan Khairulazhan yang tenang menepis keluar tendangan itu dan menyaksikan kedudukan seri kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kedudukan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas liga dengan mengutip 10 mata selepas empat perlawanan, manakala Selangor pula kekal di tangga kelima liga dengan kutipan lima mata.

Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan skuad Kuala Lumpur City FC tampil lebih ganas dengan mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Perak FC, selepas sekadar seri menentang jiran tetangga, Selangor FC Sabtu lepas.

Pasukan pelawat dilihat mendominasi permainan pada babak pertama namun, satu serangan balas tuan rumah tidak disiakan-siakan penyerang import dari Mauritania Dominique Da Sylva, untuk meletakkan skuad The City Boys di depan pada minit ke-41 menerusi sepakan lencong yang menerjah ke sebelah kanan gawang gol pihak lawan.

Kesilapan pemain pertahanan Perak FC Muhammad Shakir Mazah, seminit selepas babak kedua bersambung, dihukum skuad bimbingan Bojan Hodak itu menerusi jaringan pemain tengah import dari Colombia Romel Morales.

Kemudian, Romel, yang tidak dikawal di sebelah kanan melepaskan rembatan leret ke sebelah kiri gawang lawan, bagi mencetak gol kedua peribadinya malam ini, hasil daripada hantaran dari tengah padang oleh kapten pasukan Paulo Josue, seterusnya membawa KL City FC menghuni tangga keempat liga dengan kutipan tujuh mata, manakala Perak berada di tangga kesepuluh liga dengan empat mata.

Kedah Darul Aman FC pula bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama untuk menundukkan PJ City FC 3-1, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti oleh R Kogileswaran, sebelum jaringan dari Baddrol Bakhtiar pada minit ke-47, diikuti penyerang import, Kpah Sean Sherman pada minit ke-51 dan gol oleh Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli, menghadiahkan tiga mata berharga buat pengendalinya Aidil Sharin Sahak, untuk meletakkan skuad Hijau Kuning itu melonjak ke tangga keempat liga dengan tujuh mata.

Saingan di Pantai Timur pula menyaksikan Terengganu FC gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri, selepas sekadar seri 1-1 dengan Melaka United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Penyerang import, Alex Goncalves meletakkan Melaka United FC di depan pada minit ketiga perlawanan sebelum jaringan penyerang import Jordan Mintah menyelamatkan maruah tuan rumah, untuk mengutip satu mata bagi meletakkan skuad Penyu itu di tangga kedua liga dengan 10 mata, manakala pasukan lawan pula kini menghuni tangga  kelapan dengan empat mata.

Sementara itu, Negeri Sembilan FC melonjak ke tangga teratas Liga Premier dengan mengutip 10 mata dalam empat perlawanan, selepas menundukkan tuan rumah Perak FC II, pada aksi di Stadium Perak, Ipoh petang tadi.

Pemain tengah, R Barathkumar meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-20 disusuli jaringan penyerang import baharu dari Cameroon Alain Thierry Akono Akono pada minit ke-60, sudah cukup bagi Negeri Sembilan FC membawa pulang tiga mata penuh, seterusnya merampas takhta liga dari Sarawak United, dengan kelebihan satu perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad