web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Jerman: Zii Jia Kandas Di Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 8:14AM

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan beraksi di final malam ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat jaguh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia untuk mengesahkan tiket ke pentas final Terbuka Jerman 2022 tidak tercapai, apabila tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam aksi separuh akhir semalam.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia bagaimanapun beraksi tumpul dalam pertemuan berdepan pemain dari Thailand yang menduduki ranking ke-20 dunia itu apabila tewas 21-13, 21-12 pada kejohanan di Westenergie Sporthalle, Muelheim.

Kekalahan pemain berusia 23 tahun dalam aksi selama 40 minit itu sekali gus memberi ruang kepada Kunvalut ke final, dan akan bertemu pemain bukan pilihan Lakshya Sen dari India yang mengejutkan pilihan pertama kejohanan dari Denmark Viktor Axelsen 21-13, 12-21, 22-20.

Dalam pada itu, pasangan beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menceriakan kem negara selepas menempah tiket ke final dengan mengejutkan pasangan He Ji Ting-Zhu Hao Dong dari China.

Pada set pertama, Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang apabila menewaskan pasangan dari China itu 21-12.

Tidak mahu menyerah kalah, Ji Ting-Hao Dong kembali memberikan saingan sengit di set kedua, sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya mengesahkan tempat ke pentas akhir dengan kemenangan 21-18, dalam aksi berlangsung selama 39 minit.

Beregu lelaki negara itu dijangka bertemu sama ada Liu Yuchen-Ou Xuanyi dari China yang juga pilihan kelima kejohanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad